Update Kes Pesara Tentera Mohd Nasir Mokhtar : Saksi mula dipanggil

Mengikut sumber, pihak Maritim telah mula memanggil semua yang berada di dalam bot ketika insiden berlaku mulai minggu ini untuk memberi keterangan bagi tujuan membantu siasatan.

Sehingga kini, Encik Mohd Nasir masih belum dijumpai. Sama-sama lah kita berdoa agar dipermudahkan segala urusan.

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

2 comments on “Update Kes Pesara Tentera Mohd Nasir Mokhtar : Saksi mula dipanggil

  1. MyMetro 26 Mac 2012
    Edisi PANGKOR

    Kehilangan seorang penyelam dikhuatiri lemas ketika mengikuti sesi latihan menyelam berdekatan Pulau Sembilan, di sini, 17 Mac lalu terus menimbulkan tanda tanya apabila pasukan mencari dan menyelamat belum menemuinya.

    Pasukan mencari dan menyelamat mangsa menyifatkan set lengkap aksesori menyelam yang dipakai mangsa seberat 40 kilogram menyukarkan tubuh mangsa untuk timbul semula ke permukaan.

    Dalam kejadian itu, Mohamad Nasir Mokhtar, 52, dilaporkan hilang oleh pelatihnya apabila mangsa tidak muncul sejurus selesai latihan menyelam bersama 13 penyelam yang lain.

    Bagaimanapun, mangsa masih gagal ditemui biarpun operasi mencari dan menyelamat sudah memasuki hari kesembilan semalam.

    Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) negeri, Komander Nurul Hizam Zakaria, pihaknya percaya beban alatan menyelam yang dipakai mangsa menyukarkan tubuh mangsa untuk timbul.

    Beliau berkata, sepanjang operasi seminggu lalu, pihaknya gagal menemui sebarang cebisan pakaian, alatan menyelam dan aksesori lain di sekitar lima batu nautika berdekatan Pulau Sembilan.

    “Seperti kes lemas sebelum ini, tubuh mangsa lemas kebiasaannya timbul selewat-lewatnya pada hari kelima.

    “Malah, kami juga percaya mangsa lemas akibat dibawa arus di dasar laut,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

    Menurut Nurul Hizam, sejak seminggu lalu, pihaknya menggunakan kemudahan canggih kamera Peralatan Selam Kawalan Jauh (ROV) bagi mengesan mangsa sehingga kedalaman 60 meter.

    Menurutnya, lokasi menyelam mangsa bersama tujuh yang lain pada Sabtu minggu lalu boleh disifatkan berbahaya kerana kawasan berkenaan sedalam 35 hingga 90 meter.

    “Kami meminta jasa baik nelayan berpangkalan di Pulau Pangkor dan Lumut supaya segera memaklumkan kepada APMM jika menemui mangsa.

    “Malah, kami juga telah meminta bantuan unit udara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) membuat pemantauan di permukaan laut ketika latihan dan operasi di lautan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.