UPDATE: 5 Penyelam Hilang Dijumpai

Semawang, Bali. Lima penyelam skuba Jepun ditemui masih hidup pada hari Isnin, bergantung kepada terumbu karang di perairan pulau peranginan Bali tiga hari selepas mereka hilang.

Nelayan menemui lima penyelam tersebut, antara tujuh wanita yang hilang Jumaat lepas, kira-kira 20 kilometer dari lokasi asal mereka bertolak untuk ekspedisi menyelam tetapi tidak dapat menyelamatkan diri mereka kerana ombak terlalu tinggi.

Tetapi salah seorang daripada mereka kemudiannya diselamatkan oleh helikopter, yang juga menghantar makanan kepada penyelam yang terkandas. Empat orang yang lain telah diselamatkan oleh bot penyelamat dan dibawa ke pantai Semawang di selatan Bali.

“Kelima mereka dijumpai di atas terumbu karang yang besar,” Rudi Tjandi, seorang pegawai dari agensi bencana Bali, memberitahu AFP. “Keadaan gelombang dan arus yang agak kuat, menyebabkan nelayan yang menjumpai mereka tidak boleh menghampiri.”

Beliau berkata mereka ditemui di Manta Point di luar pantai barat pulau Nusa Penida, di timur Bali.

Mereka telah memulakan ekspedisi menyelam Jumaat lepas dari kawasan paya bakau di Nusa Lembongan, sebuah pulau bersebelahan. Laluan terpendek ke mana mereka dijumpai adalah kira-kira 20 kilometer.

Ketua Polis Tempatan Nyoman Suarsika juga berkata bahawa mereka ditemui di kawasan Manta Point.

Tiada berita mengenai baki dua penyelam yang hilang.

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

One comment on “UPDATE: 5 Penyelam Hilang Dijumpai

  1. The five divers found alive are Furukawa Saori, 37, Yamamoto Emi, 33, Tomita Namomi (reported as Kawasaki Namomi — her maiden name), 28, Morizono Aya, 27, and Yoshidome Atsumi, 29…

Leave a Reply

Your email address will not be published.