UPDATE: Berita Penyelam Hilang

Saya mendapat khabar bahawa penyelam yang hilang di Tioman telah dijumpai sekitarkawasan kira-kira jam 9.40 pagi tadi. Semua peralatan menyelam masih di badan mangsa.

Semoga arwah Mohd Afif Abdul Hamid, 28 di tempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. Al Fatihah.

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Penyelam Hilang di Tioman

KUANTAN, 4 Okt (Bernama) – Seorang penyelam hilang semasa mengambil bahagian dalam aktiviti menyelam di Teluk Genting, berhampiran Pulau Tioman pada hari Jumaat.

Ketua Polis Rompin DSP Johari Yahaya berkata berkata, polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada 6:20 petang.

“Mangsa, Mohd Afif Abd Hamid, 28, dari Sungai Petani, Kedah, telah mengambil bahagian dalam aktiviti menyelam dengan 19 penyelam lain pada kira-kira pukul 2 petang apabila mereka menyedari bahawa beliau telah hilang,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata, penyelam-penyelam lain cuba untuk mencari beliau di sekitar kawasan tersebut tetapi tidak berjaya.

Johari berkata, operasi mencari dan menyelamat operasi untuk mencari lelaki itu segera dilancarkan dengan kerjasama daripada pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Operasi ini, bagaimanapun, terpaksa dibatalkan petang ini dan akan disambung semula esok,” katanya.

– BERNAMA

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Lagi Kes Lemas di Tioman

2 orang rakyat Singapura, seorang jurulatih serta pelatihnya, lemas semasa menyelam di pantai Air Batang, Tioman Sabtu 12pm. Mangsa yang berumur 35 dan 48 tahun itu telah menghadapi masalah kira-kira 25m daripada pantai. Bantuan awal CPR telah dilakukan namun mereka gagal untuk diselamatkan.

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Pemberhentian Feri Bluewater

Terkejut saya apabila membaca salinan surat syarikat pengusaha feri Pulau Tioman iaitu Bluewater Express daripada rakan saya. Adakah tindakan drastik ini di ambil setelah tersebar rungutan seorang pengunjung Pulau Tioman yang menghadapi pengalaman pahit ketika menaikki feri dari Pulau Tioman ke Mersing?

Walaubagaimanapun, saya berharap bahawa pemberhentian sementara ini tidak lama kerana ianya merupakan sistem pengangkutan utama ke Pulau Tioman. Untuk salinan asal surat, sila baca di bawah….

Continue Reading

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

UPDATE: Kes Penyelam Hilang di Tioman

Kumpulan penyelam ini telah dijumpai tengahari tadi di lautan berhampiran Pekan, Pahang dalam keadaan selamat.  Kalau naik speedboat anggaran 8 jam dari Pulau Tioman.

Mangsa dipercayai dihanyutkan oleh arus deras.

Tahniah kepada semua tim penyelamat dan orang awam yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

TERKINI ….. Penyelam hilang di Tioman

Baru mendapat berita dari sahabat mengenai insiden penyelam hilang di Tioman. Insiden melibatkan 1 instructor dan 5 penyelam itu berlaku tengahari semalam dan hingga 7 pagi hari ni masih belum dijumpai.

Diberitakan penyelam sedang mengikuti kursus Open Water Diver dan selaman ini merupakan sebahagian daripada kursus mereka.

Kejadian dilaporkan berlaku di Pulau Chebeh, salah satu pulau kegemaran penyelam berhampiran dengan Pulau Tioman.

Sebarang berita akan dimaklumkan.

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare