UPDATE: Kes Juruteknik Lemas

Penyelam, Haris Abdullah, 44 yang berada di Unit ICU, Hospital Manjung dilaporkan telah kembali ke rahmatullah pada 1 Nov 2012 jam 3.30am. Saya mengucapkan takziah kepada keluarga beliau.

Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya dan di tempatkan di kalangan orang beriman.

Al Fatihah.

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

UPDATE: Kes Juruteknik Lemas

20121025-235554.jpg

Perkembangan terkini keadaan penyelam, Haris Abdullah, 44 dilaporkan masih tidak sedarkan diri dan kini berada di Unit ICU, Hospital Manjung. Esok, beliau akan masuk ‘chamber’ lagi untuk rawatan Jadual 61 (Table 61).

Marilah kita sama-sama mendoakan semoga beliau segera sedar dan kembali pulih.

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Kemalangan di Pekan: Penyelam Mati Di Langgar Bot

Seorang penyelam telah meninggal dunia akibat kemalangan semasa menyelam di  kawasan berhampiran jeti Nenasi, Pekan, Pahang. Lim Yu Leng, 60, yang berasal dari Petaling Jaya, Selangor, mati di tempat kejadian yang berlaku sekitar jam 10.30 pagi semalam.

Ketua Polis Pekan, Supt Yahaya Othman memaklumkan, Lim berada dalam sekumpulan 7 orang penyelamyang bergerak di dalam sebuah bot dan bertolak sekitar jam 7.15pagi. Sampai di lokasi menyelam, 5 orang penyelam termasuk Lim telah terjun dan memulakan selaman.  Continue Reading

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

2 Penyelam Lemas di Bali Dalam Masa 3 Hari

Seorang lelaki Denmark berusia 44 tahun telah lemas semasa menyelam di pantai Crystal Bay, berhampiran Nusa Penida di pulau Bali pada hari Selasa. Ini merupakan kematian penyelam yang kedua dalam tempoh 3 hari.

Penyelam tersebut, Henrik Ent Jensen, dilaporkan menaiki bot laju pada pukul 7.30 pagi pada hari Selasa untuk menyelam di Crystal Bay. Mayat beliau ditemui terapung pada pukul 10 pagi. Belum dapat dipastikan samada beliau menyelam secara berkumpulan atau bersendirian. Continue Reading

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

M I D E

 

Expo menyelam yang semakin mendapat tempat di kalangan peminat aktiviti skuba akan diadakan di PWTC bermula hari ini, 6hb hingga 8hb Julai 2012. Ramai kawan-kawan saya yang buka booth, jadi walaupun tiada orang bayar saya atau suruh promote MIDE, saya promote kan la jugak FOC untuk tahun ni sebagai menyokong usaha kawan-kawan dan program alam sekitar yang diadakan.

Jika anda seorang yang boros….tinggalkan aje kad kredit di rumah….hehe. Rambang mata di buatnya.

 

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

UPDATE: Kes Penyelam Hilang di Tioman

Kumpulan penyelam ini telah dijumpai tengahari tadi di lautan berhampiran Pekan, Pahang dalam keadaan selamat.  Kalau naik speedboat anggaran 8 jam dari Pulau Tioman.

Mangsa dipercayai dihanyutkan oleh arus deras.

Tahniah kepada semua tim penyelamat dan orang awam yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

TERKINI ….. Penyelam hilang di Tioman

Baru mendapat berita dari sahabat mengenai insiden penyelam hilang di Tioman. Insiden melibatkan 1 instructor dan 5 penyelam itu berlaku tengahari semalam dan hingga 7 pagi hari ni masih belum dijumpai.

Diberitakan penyelam sedang mengikuti kursus Open Water Diver dan selaman ini merupakan sebahagian daripada kursus mereka.

Kejadian dilaporkan berlaku di Pulau Chebeh, salah satu pulau kegemaran penyelam berhampiran dengan Pulau Tioman.

Sebarang berita akan dimaklumkan.

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Instructor X Payah…apa tu?

Beberapa kali saya mendengar kenyataan seperti “SDI lebih lengkap dan teknikal daripada PADI”…atau “PADI boleh diguna luar negara, SSI tidak boleh” dll. Kekadang tu nak tergelak pun ada, nak marah pun ada. Facebook ni memang tempat orang memaparkan ke ‘bijaksanaan’ masing2, atau ingin menonjolkan ke ‘macho an’ masing2.

Alangkah indah kalau sesiapa yang tidak tahu lebih baik berdiam, daripada sesat lagi menyesatkan. Walaupun saya ni dibesarkan dalam sistem PADI, tapi sebab ramai kekawan lain, maka celik la jugak akan sistem pelajaran yang lain. Continue Reading

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare