JOHOR BAHARU, 22 Mac (Bernama) — Seorang akauntan wanita ditemui mati lemas hari ini, selepas dilaporkan hilang ketika sedang melakukan aktiviti selam skuba di Pulau Sibu, dekat Mersing, Sabtu.Ketua Polis Daerah Mersing, DSP M.Kumar berkata mayat wanita berumur 31 tahun berkenaan ditemui pada kira-kira 8.20 pagi tadi oleh pasukan gerakan mencari dan menyelamat.”Wanita itu merupakan warga Malaysia, namun, bekerja di Singapura.” Difahamkan, dia tiba untuk bercuti di sebuah resort di pulau terbabit pada pukul 10 pagi semalam, bersama-sama seorang rakan wanita dan empat rakan lelaki,” katanya ketika dihubungi, di sini.
UPDATE: 5 Penyelam Hilang Dijumpai
Semawang, Bali. Lima penyelam skuba Jepun ditemui masih hidup pada hari Isnin, bergantung kepada terumbu karang di perairan pulau peranginan Bali tiga hari selepas mereka hilang.
Nelayan menemui lima penyelam tersebut, antara tujuh wanita yang hilang Jumaat lepas, kira-kira 20 kilometer dari lokasi asal mereka bertolak untuk ekspedisi menyelam tetapi tidak dapat menyelamatkan diri mereka kerana ombak terlalu tinggi. Continue Reading
UPDATE: Tujuh Penyelam Jepun Hilang
Cuaca buruk pada hari Sabtu menjejaskan operasi mencari tujuh orang penyelam Jepun yang hilang selepas sesi menyelam di Crystal Bay, Nusa Penida, Bali, pada hari Jumaat lepas.
Tujuh mereka adalah Miyata Ritsuko , Yamamoto Emi , Tomita Nahomi , Morizono Aya , Yoshinode Atsumi , Shoko Takahashi dan Furukawa Saori .
Ketua Polis Nusa Penida, Comr . Nyoman Suarsika berkata pada hari Sabtu bahawa pengendali syarikat menyelam telah memfailkan laporan polis di sekitar 7 petang pada hari Jumaat. Suarsika berkata dua daripada tujuh yang hilang adalah penyelam profesional, manakala lima yang lain adalah pelancong . Continue Reading

Tujuh Penyelam Jepun Hilang
Jakarta. Tujuh pelancong Jepun telah hilang semasa aktiviti menyelam skuba di perairan pulau Indonesia Bali, kata polis hari ini.
Kumpulan itu hilang selepas menuju ke Nusa Lembongan, sebuah pulau kecil di luar pantai tenggara resort pulau yang popular, dengan menggunakan bot laju, jurucakap polis Bali Hariadi berkata kepada AFP.
Continue Reading
Kes Penyelam Hampir Lemas Perhentian
Baru saje selesai kes kemalangan penyelam di Tioman, timbul pula kes insiden melibatkan penyelam di Perhentian. Insiden yang dilaporkan berlaku petang semalam hampir meragut nyawa penyelam tersebut. Nasib beliau baik atau mungkin nyawa beliau masih panjang kerana sekumpulan penyelam yang terdiri daripada pembantu perubatan berada berhampiran dan memulakan bantuan awal. Beliau telah dikejarkan ke klinik kesihatan Perhentian Kecil sebelum dipindahkan ke Hospital Besut. Continue Reading
Jurulatih Skuba Digigit
Terkejut saya membaca tajuk berita, apatah lagi ‘JuruIatih’.
Jurulatih tersebut, Dave Marcel, menerima 285 jahitan selepas digigit oleh jerung dari spesis Ginglymostomatidae. Beliau digigit ketika cuba mencium jerung tersebut yang dikenali sebagai spesis yang tidak agresif. Aksi mencium jerung adalah aksi yang sering dilakukan sebelumnya, namun kali ini, nasib beliau tidak baik. Continue Reading
MIDE
Saya telah menjengah ke MIDE (Malaysian International Dive Expo) yang bermula 5hb-7hb Julai di PWTC. Tujuan untuk mengunjung ‘booth’ rakan-rakan.
Bagi yang bercadang nak ke ekspo ini, bayaran masuk adalah RM3 seorang.