Mata menipu anda?

Warna objek seperti dilihat oleh mata

Bagi anda yang memang penyelam, pernahkah anda melihat sesuatu objek di bawah air, yang kemudiannya rakan anda mengambil gambar objek tersebut…apabila anda melihat gambarnya, anda pun tidak kenal akan objek tersebut kerana warnanya kelihatan lain?

Saya minat mengambil gambar di dasar laut, malah saya mengajar orang kursus PADI Digital Underwater Photography. Apabila saya membawa penyelam ke dasar laut, saya suka menunjuk kepada mereka flora dan fauna di dasar laut dan kemudiannya mengambil gambar objek yang saya tunjuk tu. Di sebelah malamnya, apabila saya menunjukkan gambar-gambar , dialognya selalu akan jadi sebegini:-

Student: “kat mana ni?”

Saya: “masa siang tadi la” Continue Reading

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Apa itu Open Water Diver?

Sistem Pembelajaran PADI

Bagi mereka yang telah memenuhi kehendak pra-syarat seperti yang saya nyatakan di sini, maka anda telah bersedia untuk melangkah ke fasa pertama memasukki alam skuba iaitu Open Water Diver (OWD). OWD adalah tahap perlesenan menyelam yang paling asas. Bagi yang malu bertanya, biarlah saya terangkan di sini apakah komposisi kursus OWD ni.

Kursus OWD ni terbahagi kepada 3 bahagian iaitu 1) Knowledge Review (Teori) 2) Confined Water (Kolam @ Tepi Pantai) dan 3) Open Water (Laut @ Tasik). Anda ada pilihan samada membuat kesemuanya (1-3) di pulau, atau Modular (1 & 2) di bandar yang anda tinggal dan (3) di pulau. Kalau memilih kesemuanya di pulau, maka minima anda perlu berada di pulau adalah 4 hari/3 malam. Kalau memilih secara Modular, anda hanya perlu berada di pulau selama 3 hari/2 malam.

Continue Reading

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Permulaan Perjalanan Bahagian II

….sambungan dari sini

Jurulatih mirip muka penyanyi ini

Pada ketika itu, Dive Leader saya adalah seorang Instructor daripada Jerman. Muka dia hampir seiras dengan penyanyi Sting. Beliau telah membuat kursus selama 2 bulan daripada Open Water hingga ke OWSI (Instructor) di Thailand. Pembantunya pula adalah juga warga Jerman (mungkin awek dia kot). Sebagaimana seorang yang baru dapat title ‘Instructor’, dia ni agak ‘kerek’. Pisau menyelam di kakinya saja lebih panjang daripada pisau si Rambo tu. (Mungkin sebab saya bercakap dengan dia macam itik dengan ayam menyebabkan saya prejudis.) Continue Reading

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Pra Syarat Kursus Open Water Diver

Saya tahu ramai yang ingin mencuba menyelam namun takut sebab tidak tahu apa yang perlu dilakukan semasa mengikuti kursus menyelam. Oleh itu, saya nak perjelaskan tentang pra-syarat kursus OPEN WATER DIVER, iaitu peringkat permulaan dalam hieraki skuba. Berikut adalah pra-syarat  tersebut:-

1) 200m berenang bebas ATAU 300m berenang menggunakan peralatan mask, snorkel dan fins sahaja

  • – ‘Style’ apa nak berenang terpulang … gaya kampong ke, gaya itik ke, gaya kupu-kupu ke… janji ‘bergerak’. Sebab apa saya sebut perkataan ‘bergerak’? Dahulu saya pernah ada pelatih yang terjun dalam air, meniarap dan….kekal kejang di situ. Saya tercengang, terlopong mulut secara otomatik. Muka kekal professional tapi dalam hati ketawa terbahak-bahak. Kalau macam ni sampai kiamat pun tak sampai dik oi. Continue Reading
FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Permulaan Perjalanan Bahagian I

 

Saya mula menyelam skuba dari tahun 1997, yang mana ketika itu penyelam tempatan, apatah lagi penyelam berbangsa Melayu, dipandang dengan kehairanan dan kekaguman. Masih ingat lagi… semasa saya menjejak kaki di ‘Long Beach’, Pulau Perhentian Kecil untuk percutian menyelam saya yang pertama setelah mendapat lesen skuba…dilayan bagai VIP oleh pekerja dan pengusaha tempatan. Saya terpinga-pinga kehairanan kerana saya ni bukannya orang kaya atau berpangkat. Bila keesokkannya saya keluar menyelam, baru saya faham mengapa…dalam kumpulan penyelam seramai 10 orang, hanya saya seorang berbangsa Melayu, malah satu-satunya orang Malaysia. Yang lainnya, termasuk divemaster adalah orang asing.

Semasa saya kecil, saya suka menonton cerita-cerita pengembaraan Jacques Cousteau dengan kapal penyelidikannya yang terkenal Calypso. Beliau dianggap sebagai bapa skuba (akan saya ceritakan dalam posting akan datang). Sepanjang hidup saya, saya memang bercita-cita untuk menyelam seperti idola saya, namun pada masa tu mana ada kemudahan seperti sekarang. Continue Reading

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Selamat Datang ke Cikgu Selam

Blog ini lahir atas sokongan kawan-kawan. Pada asalnya saya menulis blog dalam bahasa Inggeris, di divechiefkaz namun olehkerana bercampur-campur topik, maka saya membuat keputusan untuk membuka blog yang khusus nya tertumpu kepada isu-isu atau pandangan mengenai menyelam, aktiviti air, alam sekitar dan lain-lain.

Apa yang bermula di tahun 1997 sebagai hobi, kini telah menjadi sebahagian daripada kerjaya saya. Saya kini adalah seorang jurulatih skuba, peringkat MSDT (Master Scuba Diver Trainer) dengan PADI (Professional Association of Diving Instructors) dan juga jurulatih menyelam keselamatan awam (Public Safety Diver) . Di masa lapang, ilmu ini saya gunakan  untuk menyelam bagi mencari mangsa-mangsa lemas secara sukarela.

Tujuan blog ini bukanlah untuk menunjuk pandai, atau bersifat ‘authoritative’, tetapi sekadar berkongsi ilmu, pengalaman serta bertukar-tukar pandangan. Semoga ada yang mendapat manfaat darinya.

Akhir kata, terima kasih kerana berkunjung ke cikguselam.com

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare