Kes Mohd Nasir Mokhtar: Aktiviti Mencari Dihentikan

1. Semua aktiviti mencari dan menyelamat telah dihentikan.

2. Saksi-saksi di atas bot telah tampil untuk memberi keterangan kepada pihak Maritim.

3. Selepas ini, kertas siasatan akan dihantar ke Timbalan Pendakwaraya untuk pertimbangan samada ada kes atau tidak. Continue Reading

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Kes Mohd Nasir Mokhtar: Penjelasan Maritim kepada akhbar Edisi Pangkor

Rakan, Prodive, telah menghantar paparan di akhbar Edisi Pangkor. Jadi, saya nak share dengan anda semua sebab yang ni edisi Pangkor.

MyMetro 26 Mac 2012 Edisi PANGKOR

Kehilangan seorang penyelam dikhuatiri lemas ketika mengikuti sesi latihan menyelam berdekatan Pulau Sembilan, di sini, 17 Mac lalu terus menimbulkan tanda tanya apabila pasukan mencari dan menyelamat belum menemuinya. Pasukan mencari dan menyelamat mangsa menyifatkan set lengkap aksesori menyelam yang dipakai mangsa seberat 40 kilogram menyukarkan tubuh mangsa untuk timbul semula ke permukaan.

Dalam kejadian itu, Mohamad Nasir Mokhtar, 52, dilaporkan hilang oleh pelatihnya apabila mangsa tidak muncul sejurus selesai latihan menyelam bersama 13 penyelam yang lain. Bagaimanapun, mangsa masih gagal ditemui biarpun operasi mencari dan menyelamat sudah memasuki hari kesembilan semalam. Continue Reading

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Update Kes Pesara Tentera Mohd Nasir Mokhtar : Saksi mula dipanggil

Mengikut sumber, pihak Maritim telah mula memanggil semua yang berada di dalam bot ketika insiden berlaku mulai minggu ini untuk memberi keterangan bagi tujuan membantu siasatan.

Sehingga kini, Encik Mohd Nasir masih belum dijumpai. Sama-sama lah kita berdoa agar dipermudahkan segala urusan.

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Eksklusif: Kronologi kejadian kes kemalangan menyelam Mohd Nasir Mokhtar

Eksklusif

Pihak penganjur (dive trip coordinator) telah meminta saya untuk memaparkan kronologi sebenar kejadian sepertimana keterangan bertulis beliau kepada pihak berkuasa. Ini adalah untuk memperjelaskan tuduhan yang mengatakan bahawa tindakan mencari dan menyelamat mangsa tidak segera dijalankan oleh beliau, rakan-rakan penyelam mahupun pihak berkuasa.

Saya tidak menukar apa-apa keterangan beliau dan hanya bertindak sebagai medium untuk merungkai kekusutan yang timbul.

Mukasurat 1/3

Continue Reading

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Update : Kes Pesara Tentera Mohd Nasir Mokhtar

Mengikut sumber, pihak penganjur aka DM sedang memberi kerja sama sepenuhnya dalam membantu siasatan kes kemalangan menyelam Mohd Nasir Mokhtar. Beliau dijangka berjumpa dengan Maritim (APMM) esok untuk memberi keterangan.

Saya berharap pembaca dapat bertenang dan jangan membuat andaian atau tuduhan. Biarlah pihak berwajib menjalankan siasatan.

Sehingga kini usaha mencari masih diteruskan.

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Pesara Tentera Lemas di Kepulauan Sembilan

Begitulah tajuk artikel di dalam salah sebuah akhbar mengenai┬áseorang pesara tentera Mohd Nasir Mokhtar, 52, yang ‘hilang’ ketika melakukan aktiviti skuba bersama rakan-rakannya di Batu Hitam, Kepulauan Sembilan, Pangkor. Banyaklah spekulasi dan andaian yang utama adalah beliau telah lemas. Tidak semestinya… sifu saya pernah hanyut 24 jam sehinggalah diselamatkan oleh nelayan.

Inilah alat BCD (Gambar hiasan)

Saya tertarik dengan kenyataan berikut….

“Beliau berkata sebelum kejadian berlaku mangsa diminta menukar jaket pengapungan kepada yang lain kerana jaket miliknya sendiri itu didapati bocor.”

Ianya seolah-olah mengatakan bahawa kemalangan ini adalah kesalahan peralatan sepenuhnya. Sebenarnya kebocoran kecil pada jaket pengapungan atau BCD tidak memberi impak yang besar kepada seorang penyelam. Kegunaan jaket ini adalah untuk melaras semula berat semasa menyelam supaya dapat mencapai apa yang dipanggil ‘neutral buoyancy’. Continue Reading

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare