Kenangan di Pulau Jarak

Lokasi Pulau Jarak dan Pulau Sembilan

¬†Ramai yang tertanya di manakah letaknya Pulau Jarak, dan berapa jauhkah daripada Pulau Sembilan, lokasi asal Arwah Mohd Nasir Mokhtar mula hilang? Pulau Jarak ini terletak agak jauh daripada tanah besar Semenanjung. Kalau orang Malaysia, yang sampai di situ adalah penyelam dan pemancing tegar, atau pihak berkuasa seperti Pasukan Gerakan Marin PDRM, Maritim Malaysia (APMM), Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) ataupun mereka-mereka daripada pasukan elit. Kalau orang asing…..jawapannya tekong-tekong dari seberang…kerana lokasinya yang agak dekat dengan perairan antarabangsa. Continue Reading

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Pentingnya Scuba Review

AAS (Octopus) yang berwarna kuning

Baru-baru ini semasa saya berada di salah sebuah pulau peranginan, saya telah bersembang dengan seorang penyelam, Madam Y. Beliau memberitahu saya akan kejadian yang telah menimpanya semasa menyelam siang tadi. Begini ceritanya…

Madam Y sedang menyelam bersama kumpulannya seramai 14 orang. Tiba-tiba beliau berasa hendak terbatuk lalu telah mengeluarkan regulator daripada mulutnya. Apabila selesai, beliau telah memasukkan semula regulator ke dalam mulutnya tetapi telah ‘terlupa’ untuk ‘purge’ (kaedah mengeluarkan air daripada mouthpiece regulator). ¬†Apa lagi, minum air laut free la. Continue Reading

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Permulaan Perjalanan Bahagian II

….sambungan dari sini

Jurulatih mirip muka penyanyi ini

Pada ketika itu, Dive Leader saya adalah seorang Instructor daripada Jerman. Muka dia hampir seiras dengan penyanyi Sting. Beliau telah membuat kursus selama 2 bulan daripada Open Water hingga ke OWSI (Instructor) di Thailand. Pembantunya pula adalah juga warga Jerman (mungkin awek dia kot). Sebagaimana seorang yang baru dapat title ‘Instructor’, dia ni agak ‘kerek’. Pisau menyelam di kakinya saja lebih panjang daripada pisau si Rambo tu. (Mungkin sebab saya bercakap dengan dia macam itik dengan ayam menyebabkan saya prejudis.) Continue Reading

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Permulaan Perjalanan Bahagian I

 

Saya mula menyelam skuba dari tahun 1997, yang mana ketika itu penyelam tempatan, apatah lagi penyelam berbangsa Melayu, dipandang dengan kehairanan dan kekaguman. Masih ingat lagi… semasa saya menjejak kaki di ‘Long Beach’, Pulau Perhentian Kecil untuk percutian menyelam saya yang pertama setelah mendapat lesen skuba…dilayan bagai VIP oleh pekerja dan pengusaha tempatan. Saya terpinga-pinga kehairanan kerana saya ni bukannya orang kaya atau berpangkat. Bila keesokkannya saya keluar menyelam, baru saya faham mengapa…dalam kumpulan penyelam seramai 10 orang, hanya saya seorang berbangsa Melayu, malah satu-satunya orang Malaysia. Yang lainnya, termasuk divemaster adalah orang asing.

Semasa saya kecil, saya suka menonton cerita-cerita pengembaraan Jacques Cousteau dengan kapal penyelidikannya yang terkenal Calypso. Beliau dianggap sebagai bapa skuba (akan saya ceritakan dalam posting akan datang). Sepanjang hidup saya, saya memang bercita-cita untuk menyelam seperti idola saya, namun pada masa tu mana ada kemudahan seperti sekarang. Continue Reading

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare