Mengapa saya tidak blog … Bahagian 1

Saya meminta maaf kepada pembaca blog cikguselam kerana setelah sekian lama saya tidak ‘update’. Begitu juga banyak ‘comment’ pengunjung yang tidak berjawab. Sebenarnya, ayah saya yang mengidap penyakit barah telah beberapa kali keluar masuk hospital dan akhirnya kembali ke rahmatullah pada 31 Mac 2013 yang lepas.

Perjalanan beliau daripada mula dikesan mengidap barah usus pada bulan Februari 2011 adalah satu perjalanan yang penuh dengan ‘trial and error’. Pada Februari 2011, di suatu hari, saya menerima panggilan daripada kakak saya mengatakan ayah saya mengalami sakit perut yang serius. Ayah saya adalah orang yang paling sabar, dan mempunyai toleransi yang tinggi terhadap rasa sakit ataupun orang yang banyak kerenah. Oleh itu, apabila dia mengerang kesakitan, ia bermakna bahawa ia adalah tahap kesakitan di atas paras normal. Menggunakan sedikit ilmu perubatan yang saya pelajari sebagai seorang penyelamat, kesakitan beliau reda apabila dia akhirnya pergi ke tandas. Ayah saya enggan pergi ke hospital, dan oleh kerana tahap kesakitan beliau telah reda kira-kira 90%, saya membuat keputusan ketika itu untuk berbincang dengan beliau kemudian. Continue Reading

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare