Lapan Dikhuatiri Lemas Selepas Paus Menarik Bot Mereka

orca

Lapan orang asli dari puak bahagian terpencil di Indonesia dikhuatiri lemas selepas ikan paus yang mereka ‘harpoon’ telah menarik bot mereka ke bawah. Empat daripada 12 pemburu di atas bot kayu itu berjaya berenang ke pantai, tetapi rakan mereka telah tenggelam bersama dengan bot rapuh mereka selepas paus jenis ‘Killer Whale’ atau ‘Orca’ yang pada mulanya menyeret bot tersebut bertindak untuk menyelam. Continue Reading

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Berdoa untuk Lahad Datu

Saya telah lama tidak menulis atau apa-apa ‘up-date’. Selain daripada sedikit sibuk dengan tugasan, perkara yang mengganggu pemikiran saya adalah kesihatan ayah saya yang beberapa kali dimasukkan ke hospital dalam sebulan ini. Beliau mengidap penyakit barah tahap empat,

Namun, perkembangan di Lahad Datu dengan insiden terkini menyebabkan 3 anggota terkorban dan 2 anggota cedera dari kalangan warga PDRM, atau lebih tepat lagi VAT69, membuat hati saya teruja untuk menulis. Jangan bimbang, saya bukan hendak mengubah arah menjadi penganalisa politik atau militari.

Sabah sebagai destinasi menyelam

LD3

Sabah adalah merupakan destinasi pelancong dalam dan luar negara, khususnya di kalangan penyelam. Kini dengan pergolakan di Lahad Datu, ia akan sedikit sebanyak mengganggu gugat industri pelancongan. Apatah tidaknya bila Tawau dan Semporna juga disebut- Continue Reading

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Pembunuhan untuk hidup?

Pulau Mabul

Memualkan

Susah untuk saya percaya kalau saya tidak melihat bukti bergambar. Saya tahu tentang perkara ini agak lama. Ketika itu, beberapa penyelam yang menyaksikan ‘pembunuhan terancang’ ini sebenarnya telah membuat ‘bising’ dengan beberapa pihak, yang berjanji untuk melakukan laporan penyiasatan dan mencari jawapan daripada pihak berwajib. Akhirnya, ia mati dalam senyap … mati bagai sang jerung itu sendiri.

Anda mungkin tertanya, apa yang saya sedang mericau ni? Di pulau Mabul, jiran kepada pulau Sipadan di Sabah, adanya tempat jerung yang dibunuh  diproses. Berikut adalah petikan daripada e-mel saksi saya  (diterjemah)“Saya jelas tidak tahu nama tempat ini .. hanya bahawa lokasinya adalah di Pulau Mabul dan ia di sebalik Home Stay. Rupa-rupanya, mereka membawa jerung beberapa kali seminggu .. kadang-kadang 20 – 40 ekor pada satu-satu masa. Bagaimanapun, mereka mengatakan bahawa ia ditangkap di perairan antarabangsa tetapi melihatkan bot-bot mereka atau layak dipanggil sampan … secara logiknya, bot kecil macam tu mana la lepas nak ke laut dalam memancing kan? “.  Continue Reading

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare