Susulan Kes Pencabulan Penyu…..Penganjur Meminta Maaf

Sehubungan dengan kes pencabulan penyu, pihak berkenaan telahpun meminta maaf di mukabuku  @ facebook mereka. Berikut adalah terjemahan kenyataan mereka….

Kami, Perhentian Setia memohon maaf secara ikhlas kepada semua orang berkenaan gambar penyu baru-baru ini. Kami tidak mempunyai sebarang niat untuk mengganggu penyu atau hidupan laut yang lain.
Hari ini, Jabatan Laut telah datang untuk menyiasat dan menemubual kami dengan pemandu snorkeling tersebut hari ini. Mereka juga telah mengeluarkan surat amaran dengan pelbagai badan-badan penguatkuasaan, NGO dan media telah meminta penjelasan kami hari ini. Tindakan telah diambil terhadap kami oleh beberapa jabatan.
Malah, penyu ini sebenarnya mempunyai hubungan yang sangat mendalam dengan pemandu snorkeling ini kerana ia telah diselamatkan olehnya beberapa tahun yang lalu. Pemandu snorkeling ini telah menjaga  dan memberi makan kerana ianya cedera sehingga penyu itu pulih dan kembali semula ke laut. Sejak itu, beliau kerap memberi makan penyu tersebut sebagai penyu itu telah hilang keupayaan untuk mencari makanan kerana semasa kecederaan, ianya telagh diberi makan.
Lazimnya, adalah amat sukar untuk mendekati penyu seperti yang kebanyakan penyelam sedia maklum. Itulah mengapa penyu ini membiarkan beliau menyentuhnya sebagai mereka telah membina hubungan yang akrab.
Kami akan memastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi pada masa akan datang kerana kami juga pencinta haiwan. Kami akan mengambil usaha yang lebih dalam mendidik setiap pekerja dan tetamu kami tentang bagaimana untuk menjaga hidupan laut.
Kami dengan ikhlas memohon maaf kepada semua tindakan kita.
dengan ikhlas,
Perhentian Setia
 

 Mereka juga telah menyertakan surat daripada pihak berkuasa….

 

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Leave a Reply

Your email address will not be published.