Selamat Datang ke Cikgu Selam

Blog ini lahir atas sokongan kawan-kawan. Pada asalnya saya menulis blog dalam bahasa Inggeris, di divechiefkaz namun olehkerana bercampur-campur topik, maka saya membuat keputusan untuk membuka blog yang khusus nya tertumpu kepada isu-isu atau pandangan mengenai menyelam, aktiviti air, alam sekitar dan lain-lain.

Apa yang bermula di tahun 1997 sebagai hobi, kini telah menjadi sebahagian daripada kerjaya saya. Saya kini adalah seorang jurulatih skuba, peringkat MSDT (Master Scuba Diver Trainer) dengan PADI (Professional Association of Diving Instructors) dan juga jurulatih menyelam keselamatan awam (Public Safety Diver) . Di masa lapang, ilmu ini saya gunakan  untuk menyelam bagi mencari mangsa-mangsa lemas secara sukarela.

Tujuan blog ini bukanlah untuk menunjuk pandai, atau bersifat ‘authoritative’, tetapi sekadar berkongsi ilmu, pengalaman serta bertukar-tukar pandangan. Semoga ada yang mendapat manfaat darinya.

Akhir kata, terima kasih kerana berkunjung ke cikguselam.com

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

2 comments on “Selamat Datang ke Cikgu Selam

  1. Slm.sy berminat nak ambik Lesen diving.mcm mane ye proses nak ambik course diving ni kat oulau perhentian.emel me ..thanks you

Leave a Reply

Your email address will not be published.