Pra Syarat Kursus Open Water Diver

Saya tahu ramai yang ingin mencuba menyelam namun takut sebab tidak tahu apa yang perlu dilakukan semasa mengikuti kursus menyelam. Oleh itu, saya nak perjelaskan tentang pra-syarat kursus OPEN WATER DIVER, iaitu peringkat permulaan dalam hieraki skuba. Berikut adalah pra-syarat  tersebut:-

1) 200m berenang bebas ATAU 300m berenang menggunakan peralatan mask, snorkel dan fins sahaja

  • – ‘Style’ apa nak berenang terpulang … gaya kampong ke, gaya itik ke, gaya kupu-kupu ke… janji ‘bergerak’. Sebab apa saya sebut perkataan ‘bergerak’? Dahulu saya pernah ada pelatih yang terjun dalam air, meniarap dan….kekal kejang di situ. Saya tercengang, terlopong mulut secara otomatik. Muka kekal professional tapi dalam hati ketawa terbahak-bahak. Kalau macam ni sampai kiamat pun tak sampai dik oi.
  • – Tiada had masa ditetapkan, namun agak-agak la jangan la dari pagi sampai ke petang baru nak sampai. Kalau macam pelatih di atas ni…hmmm lama tu nak tunggu sampai kiamat :p
  • Sekiranya menggunakan wetsuit, maka seharusnya pelatih memakai 1 pemberat kecil untuk ‘compensate’ (bahasa melayu jadinya pampasan ek?) daya apungan wetsuit tersebut.

2. Boleh mengapungkan diri selama 10 minit.

  • – Sekali lagi, ‘style apa nak terapung’ terpulang, tepuk dada tanya selera, janji kaki tak cecah tanah dan tangan tak berpaut.
  • – Jangan ingat yang kurus tu senang terapung dan yang badan berisi tu senang tenggelam. Orang yang badan kurus ni kekadang padat, badan dia kurang rongga udara. Tambah-tambah yang menuntut ilmu kebal susuk besi waja ke, susuk batu granit ke… tenggelam pun macam benda-benda tu jugak la. Yang badan berisi ni pulak kekadang kembung angin.

3. Lulus ujian teori

  • – Kalau ikut sistem PADI, ada 50 soalan teori. Jawapan adalah berbentuk MQA. Kalau gagal macam mana pulak?
  • – Kalau gagal, senang sahaja. Ulang ujian…tapi set ujian yang lain.
  • – Nak jawab soalan tu tak sesusah SPM atau STPM.  Ianya direka untuk menguji pemahaman anda khususnya bab keselamatan.

Statement sesat lagi menyesatkan

Dewasa ini, olehkerana  persaingan tidak sihat antara jurulatih dan kerana kemasukkan pelbagai persijilan (ada yang saya pun tak  pernah dengar), maka ada beberapa ‘statement sesat’ yang sering kedengaran:-

1. TAK perlu tahu berenang. SALAH

  • – Seorang penyelam harus TAHU berenang, bukannya pandai macam perenang olimpik, namun boleh berenang.
  • – Tujuannya adalah, sekiranya berlaku kecemasan di permukaan dan bot tidak nampak anda memanggilnya, maka anda mampu untuk berenang ke pantai atau ke bot untuk menyelamatkan diri

2. TAK perlu tahu mengapungkan diri. SALAH

  • – Perlu tahu mengapungkan diri, sekurang-kurangnya 10 minit.
– Tujuannya adalah, sekiranya berlaku kecemasan di permukaan, anda boleh mengapungkan diri anda tanpa dibantu sehingga bot sampai ke lokasi anda.

Maka ramai lah penyelam sekarang yang berlesen tapi tidak boleh berenang. Pada mereka ni, saya nasihatkan pergilah belajar berenang sebelum terlambat. Saya berasa mual apabila ada penyelam yang dengan bangganya (hidung kembang habis) berkata kepada saya “I tak tahu berenang tapi I dah ada lesen”, seolah-olah menyatakan kepada saya bahawa status beliau adalah VIP, tu sebab boleh dapat lesen. Duhhh…berapa punya ‘tidak cerdik’. Salah orang la beb.

Tanya dengan diri anda, nyawa anda bernilai berapa ringgit malaysia? Seringgit? Sepuluh sen? Atau seperti Miss VIP tiada nilai langsung? Keperluan untuk tahu berenang adalah untuk keselamatan ANDA. Kos untuk belajar berenang baru RM300, 3-4 jam belajar dah boleh berenang. Kalau anda tidak tahu berenang, maka anda akan ada masalah psikologi apabila berada di dalam air. Maka anda lah golongan manusia yang akan bergayut kepada DM ataupun rakan-rakan penyelam lain dan menjadi liabiliti kepada kumpulan.

Ramai jugak orang Malaysia ni yang tak sayang nyawa ek….kesian.

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

16 comments on “Pra Syarat Kursus Open Water Diver

  1. wah , nampak mcm best je, rasa nak join tapi tak yakin, sebab dulu belajar berenang kat dalam kolah je, lagi satu saya cepat habis nafas kalau pakai mask tu, cam ne ye ?

  2. Pingback: Apa itu Open Water Diver? | Cikgu Selam

  3. assalamualaikum.
    saya berminat dgn lesen penyelam ni.
    blh x tuan bg maklumat lbh lanjut seperti nama,tahap,kos dan lokasi kursus.
    adakah peluang & apakah kerjaya sekiranya kita mempunyai lesen penyelam?
    segala kerjasama tuan saya dahulukan dgn ucapan terima kasih

    • ada 2 cara untuk mendapatkannya:-
      1) Partial course – bahagian teori dan confine water (kolam renang) di buat sebelum ke pulau. hanya bahagian open water di buat di pulau (2-3 hari di pulau)
      2) Full course – kesemuanya di buat di pulau. kebiasaanya 4 hari adalah masa minima untuk puan berasa agak selesa.

      dari segi kerjaya, ianya berlaku di tahap profesional, iaitu dimulai dengan divemaster (DM) atau dive controller hinggalah ke tahap instructor.

  4. salam cikgu selam, nak tanya kalau kita dah ada lesen skuba diving adakah kita kena bayar lagi jika kita ingin diving di lain percutian?

    • salam bibi. sekiranya sudah berlesen, perlu bayar untuk khidmat DM,sewa tangki dan peralatan (jika tiada peralatan sendiri), serta sewa bot. selalunya pusat selam di pulau2 ada pakej masing2.

  5. Assalamualaikum
    slmt ptg
    saya berminat utk belajar.. untuk makluman cikgu saya mmg zero berenang..huhuhu
    saya dari Johor Bahru…bole cadangkan dan apa kah langkah yang harus saya ambik dulu

    • Wsalam. perkara pertama adalah belajar berenang. sebenarnya belajar berenang tidak la seteruk yang disangkakan. selalunya setelah 3-4 kali kelas dah boleh berenang. yang penting kena yakin dengan diri sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published.