Pesara Tentera Lemas di Kepulauan Sembilan

Begitulah tajuk artikel di dalam salah sebuah akhbar mengenai seorang pesara tentera Mohd Nasir Mokhtar, 52, yang ‘hilang’ ketika melakukan aktiviti skuba bersama rakan-rakannya di Batu Hitam, Kepulauan Sembilan, Pangkor. Banyaklah spekulasi dan andaian yang utama adalah beliau telah lemas. Tidak semestinya… sifu saya pernah hanyut 24 jam sehinggalah diselamatkan oleh nelayan.

Inilah alat BCD (Gambar hiasan)

Saya tertarik dengan kenyataan berikut….

“Beliau berkata sebelum kejadian berlaku mangsa diminta menukar jaket pengapungan kepada yang lain kerana jaket miliknya sendiri itu didapati bocor.”

Ianya seolah-olah mengatakan bahawa kemalangan ini adalah kesalahan peralatan sepenuhnya. Sebenarnya kebocoran kecil pada jaket pengapungan atau BCD tidak memberi impak yang besar kepada seorang penyelam. Kegunaan jaket ini adalah untuk melaras semula berat semasa menyelam supaya dapat mencapai apa yang dipanggil ‘neutral buoyancy’.

Di permukaan, ianya boleh membantu untuk seseorang penyelam itu mengapungkan diri. Dalam kes ini, sekiranya kebocoran itu kecil, maka ianya mungkin masih dapat membantu beliau mengapungkan diri.  Ianya bukanlah sebuah jaket keselamatan, seperti tanggapan sebahagian pihak. Itulah sebabnya seseorang itu wajib tahu berenang (tetapi sekarang ni ramai yang buat ajaran sesat, tak tahu berenang pun boleh lulus). Tahu berenang, bukannya pandai berenang. ada beza tu.

Statement yang ini  “Katanya, ketika aktiviti itu bermula Mohd Nasir berada jauh 15 meter dari anggota kumpulannya yang lain.” menarik perhatian saya. Pada kebiasaanya, seseorang penyelam haruslah berada di dalam kumpulan. 15m adalah terlalu jauh. Kenapa dan bagaimana ini berlaku?

  • 1. Pulau Sembilan memang terkenal dengan arusnya yang tidak menentu. Arus yang kuat boleh menyebabkan seseorang hanyut dalam sekelip mata.  Maka sekiranya menyelam dalam kumpulan, hendaklah masuk dalam air secara serentak serta tali keselamatan dilepaskan untuk penyelam berpaut sementara menunggu yang lain. DM dan ‘boat man’ perlu lebih peka dalam keadaan arus yang kuat.
  • 2. DM selalunya memberi perhatian yang lebih kepada penyelam yang kurang pengalaman. Mereka yang telah ‘senior’ dianggap mampu untuk menguruskan diri sendiri. Maka di sini lah letaknya kewarasan DM untuk memilih lokasi menyelam (dive site). Lokasi seharusnya dipilih mengikut kemampuan penyelam yang ter ‘lemah’, melainkan terdapat 2 orang DM untuk menjaga kumpulan yang berbeza, yang ‘junior’ dan yang ‘senior’.
  • 3. Sistem ‘buddy’ walaupun diajar semasa kursus Open Water, tetapi ada segelintir jurulatih yang tidak menekankan apa yang dimaksudkan dengan sistem ‘buddy’ ini. Ianya hanya ditekankan sebelum menyelam, iaitu semasa membuat pemeriksaan ‘buddy’ (buddy check), selepas tu tiada lagi ‘peringatan’. Dari pemerhatian saya, ramai penyelam yang mengabaikan konsep sebenar sistem ‘buddy’ ini.
  • 4. Peralatan keselamatan peribadi seperti wisel, ‘surface signal device’ perlu di bawa oleh setiap penyelam. Kalau dah bawa pula, kena lah tahu cara-cara menggunanya. Kegunaan peralatan ini adalah untuk menarik perhatian dan menjadi penanda kepada lokasi kita. Walaupun tidak tertulis sebagai satu kemestian, namun ianya dilabelkan sebagai ‘digalakkan’.
  • 5. Dewasa ini terlalu ramai penyelam yang terlalu bergantung kepada DM, sehinggakan peralatan seperti peralatan keselamatan, komputer selam, kompas dan lain-lain pun harapkan abang DM. Penghasilan penyelam yang tidak kompeten (tetapi diluluskan???) menambah kerja si abang DM yang terpaksa menjadi ‘baby sitter’ kepada penyelam ini. Maka abang DM yang ber lengan dua dan bermata dua tidak dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada aspek keselamatan penyelam yang lain. 

Itu adalah pandangan saya secara umum, hasil pemerhatian apa yang berlaku di sekeliling dan tidak khusus kepada kes ini. Apabila saya mendengar mengenai kemalangan ini, saya berasa sedih kerana saya dapat membayangkan sekiranya saya berada di tempat beliau. Tambahan lagi sekiranya yang berada dilokasi tidak membuat tindakan serta-merta. Dalam hal menyelamat ni, kelewatan masa walau seminit pun boleh memberi ‘outcome’ yang berbeza.

Apa-apa pun, marilah kita sama-sama mendoakan keselamatan Abang Nasir.

P/S: DM tu singkatan untuk Dive Master, kelayakkan profesional minima yang antara tugasnya adalah membawa kumpulan penyelam yang berlesen. Namun dewasa ini ada yang guna ‘Dive Leader’, kerana kelayakkannya tidak sampai tahap profesional.

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

16 comments on “Pesara Tentera Lemas di Kepulauan Sembilan

  1. orang kata, kalau dah nak jadi.. harap2 dia boleh survive.

    *saya baru belajar berenang. bestnya! tapi masih gagal floating baring tu. bro boleh bagi tips? syukran. 🙂

    • Apa-apa aktiviti dalam air ni, mesti berasa selesa berada di dalam air (tidak berasa cemas atau kelam kabut). Pasal tips tu, kena tanya dengan swimming coach tu kerana dia boleh melihat apa yang perlu diperbaikki. Tapi yang penting kalau nak belajar skuba, mesti tahu berenang dan mengapungkan diri 🙂

  2. Assalamualaikum wbt

    Terima kasih atas huraian saudara cikgu selam. Saya adalah anak kedua mangsa. Sehingga kini ayah saya masih belum ditemui lagi.

    Info dari sahabat2 ayah saya yg juga merupakan panglima2 TLDM,bekas diver,etc, mereka membawa peserta ke laut yg sangat dalam iaitu 138m. Arus sangat kuat dan air sangat keruh sehingga tiada visibility.

    Menurut saksi iaitu buddy ayah saya,pelampung bertali tidak disediakan di tepi bot,tangga tidak dilabuhkan sblm perserta masuk ke dalam air. Tiada juga tali yg disediakn untuk penyelam memegang.

    Kami tidak berpuas hati dgn DM itu kerana mengambil masa lebih SATU JAM sebelum membuat keputusan utk pergi mencari ayah saya. Dan juga lebih 3 JAM sebelum memanggil utk pertolongan Navy,Maritim,bomba dan polis.

    DM tersebut telah pun lari ke Shah Alam.

    • Mualaikumsalam saudara Dzulfeqar

      Pertama sekali, saya mengucapkan salam takziah kepada saudara sekeluarga. Tidak dapat digambarkan kesedihan yang semestinya saudara sekeluarga sedang menghadapi.

      Topografi kawasan Pulau Sembilan memang mencabar kerana ia mencuram ke kawasan laut dalam. Kualiti air (visibility) memang kurang baik, apatah lagi sekiranya mendapan dibawa sekali oleh arus dari tanah besar. Pada pandangan saya, ayah saudara telah terhanyut dibawa ‘surface current’, maka beliau tersasar daripada lokasi sebenar dan berada di kawasan yang dalam.

      Mengenai panggilan kecemasan, setiap agensi penyelamat ada menyimpan buku log setiap panggilan termasuk tarikh, masa dan butiran pemanggil. Cadangan saya, (sekiranya saudara belum berbuat demikian), saudara boleh mendapat maklumat lebih sahih daripada agensi penyelamat terbabit.

      Di doakan semoga segala urusan mencari ayah saudara dipermudahkan.

    • salam
      pertama sy ucapkn takziah di atas kehilangan org ter sayang..
      sy ader beberapa soalan yg bermain di fikiran…

      mengapakh kedalam 130m yg dicari utk menyelam sedangkan limit bg recreational diver hanya 40 meter…melainkn jika melakukan selamn teknikal…
      berapa kah weight yg di pakai sehingga mangsa sink terlalu laju..
      adakah ter dapat down current d kwsn kejadian…

      maaf jika pertanyaan sy ini salah dan menyimpang…cuma ia hanya bermain d fikuran…

      • Salam. Kedalaman 130m tu adalah lokasi di mana mangsa tenggelam dan bukannya tempat beliau menyelam. Mengenai weight dan samada terdapat ‘down current’, tiada info di terima.

  3. Pingback: Comment Dari waris Mohd Nasir Mokhtar | Cikgu Selam

  4. ni lah salah 1 contoh dm segera ada duit title dm bleh beli…..dive tak bnyk mana dan pengalaman pon tarak…..bila dah jadi mcm ni dm cabut lari!!!!nyusahkn orang..insctructor plak duit punye pasal main sain je,test tolak tepi…

  5. Salam En Dzulfeqar Nasir,

    I’m sorry to hear about the loss of your father but when I read this Bernama Article that came out on the 18th March at Sinar Harian Perak, its totally different from what you wrote earlier.

    Sinar Harian Perak 18 Mac 2012
    IPOH – Seorang pesara tentera Mohd Nasir Mokhtar, 52, yang lemas ketika melakukan aktiviti skuba bersama rakan-rakannya di Batu Hitam, Kepulauan Sembilan, Pangkor, dekat sini, masih belum ditemui.

    Penolong Penguatkuasa Bomba dan Penyelamat Pangkor, Arshad Abdullah berkata operasi mencari dan menyelamat yang bermula pukul 8 pagi tadi dihentikan sementara pada pukul 4 petang kerana keadaan cuaca yang tidak baik dan laut bergelora.

    “Masih tiada lagi petanda awal yang membawa kepada penemuan mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama.

    Beliau berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 11.50 pagi semalam, selepas mangsa didapati tidak timbul ketika melakukan aktiviti itu bersama satu kumpulan penyelam yang dianggotai l3 orang.

    Sementara itu, rakan mangsa berumur lingkungan 50-an yang enggan dikenali ketika dihubungi berkata mangsa sebelum ini pernah melakukan aktiviti tersebut bagi menghabiskan waktu lapangnya.

    “Saya dengan Mohd Nasir baru kenal, setahu saya dia (Mohd Nasir) dah lama lakukan aktiviti skuba…sebelum kami bertolak ke pulau itu tiba-tiba dia nak ikut sama menyelam,” katanya.

    Beliau berkata sebelum kejadian berlaku mangsa diminta menukar jaket pengapungan kepada yang lain kerana jaket miliknya sendiri itu didapati bocor.

    “Sebelum kami selam memang jaket dia bocor, kami minta dia tukar jaket lain tapi dia tak mahu dan dia bagi tahu kami jaket dia bocor sedikit sahaja dan selesa pakai jaket itu,” katanya.
    Katanya, ketika aktiviti itu bermula Mohd Nasir berada jauh 15 meter dari anggota kumpulannya yang lain.

    “Bila masuk dalam air dia memang jauh dari kami. Tiba-tiba dia tenggelam timbul dan kami lihat dia semakin jauh dari kami. Kami cuba nak selamatkan tapi tak sempat sebab dia hanyut di bawa air laut,” katanya. – Bernama –

  6. Salam.

    terkejut gak dgr berita ini. saya berada di Jkt dan tidak dpt apa2 latest news about the victim.. Mcmna keadaan nya, sudh ada news terbaru??

    Ucapan Tahziah kpd klga mangsa

Leave a Reply

Your email address will not be published.