Permulaan Perjalanan Bahagian II

….sambungan dari sini

Jurulatih mirip muka penyanyi ini

Pada ketika itu, Dive Leader saya adalah seorang Instructor daripada Jerman. Muka dia hampir seiras dengan penyanyi Sting. Beliau telah membuat kursus selama 2 bulan daripada Open Water hingga ke OWSI (Instructor) di Thailand. Pembantunya pula adalah juga warga Jerman (mungkin awek dia kot). Sebagaimana seorang yang baru dapat title ‘Instructor’, dia ni agak ‘kerek’. Pisau menyelam di kakinya saja lebih panjang daripada pisau si Rambo tu. (Mungkin sebab saya bercakap dengan dia macam itik dengan ayam menyebabkan saya prejudis.)

Posisi pisau di betis

Apabila mula-mula sampai di ‘dive site’, Mr Sting ni pun suruh kami semua masuk ke dalam air dengan janya memakai mask, snorkel, fin DAN pemberat (weights). Masa tu saya guna 6kg. Bayangkan….apa lagi, minum air la jawabnya. Setelah rasa macam terlalu lama masa berlalu, barulah Mr Sting menghulurkan BCD saya . Sementara tu dah kembung perut minum air.

Apabila tiba masa untuk turun, masa tu arus agak kuat. Istilahnya sudah jadi suparman pak. Apabila kita turun sambil memegang tali buoy, arus itu menolak badan kita sehingga badan kita menjadi mendatar. Pose nya jadi macam superman nak terbang. Masa tu almaklumla, budak baru belajar. Jantung berdegup macam  LMFAO, takut tu. Nak pusing muka pun tak berani, takut regulator tercabut daripada mulut.

Pose 'Superman'

So perlahan-lahan kami turun ke bawah. Bila saya tengok sekeliling, walaupun badan saya ni mengikut saiz asia agak besar, namun saya yang paling cute antara mat dan minah salleh ni. Sampai je ke dasar, Mr Sting kasi signal semua orang…ok? Semua pun ok. Lepas tu terus dia laju je lead di hadapan tanpa menoleh kebelakang lagi, melawan arus.

Pengalaman pertama ‘leisure dive’, kena lawan arus lak. Kalau ada ‘whaleshark’ kat sebelah pun dah tak pandang. Nasib baik di mulut ada regulator. Kalau tak sure lidah dah panjang terkeluar…kepenatan. Sepanjang dive tu, Mr Sting nun jauh di hadapan, tanpa menoleh pada kami dibelakang. Tiba-tiba saya terasa nak tengok tolok udara (air gauge) saya. Alamak sudah 50bar, paras minima yang mana penyelam harus mula naik ke permukaan. Saya cuba untuk mengejar Mr Sting di hadapan….dalam hati menyumpah…dia ni menyelam sorang-sorang ke tak nak tengok belakang ni. Saya tengok jarum tolok turun sehinggalah ke 30bar, namun masih tak dapat mengejar Mr Sting.

Saya pun mengambil keputusan drastik, saya harus naik, jika tidak saya akan berkubur di sini. Semasa saya sedang naik tu, ada seorang mat salleh menoleh dan ternampak saya. Saya membuat isyarat ‘udara kurang’ dan isyarat ‘naik’. Dia buat tidak tahu saja…mungkin dia pun sedang kepenatan bergelut dengan arus. Maka naik lah saya keseorangan. Apabila hampir ke permukaan (lebih kurang 3m atau 10 kaki), rasa susah untuk menyedut udara. Tengok tolok udara, confirm udara dah habis. Dengan saki baki udara yang ada dalam paru-paru, saya pun melonjak ke permukaan. Sampai ke permukaan, macam iklan shampoo, ambil nafas sepuas-puasnya.

Tolok Udara (bawah sebelah kanan)

Namun ketika itu saya masih dalam bahaya. Skil ‘oral inflation’ di air dalam tidak di ajar semasa kursus OWD saya. Bayangkan, udara habis dan pemberat saya ada 6kg (tu tidak termasuk tank dan badan saya yang ‘slim’ ni). Maka ketika itulah, saya memang merasakan bahawa malaikat maut akan datang menjemput saya. Seluruh hidup saya ‘flashback’ ketika itu. Yang saya terkenangkan, ayah, ibu dan adik beradik saya…bagaimana kah mereka akan menerima berita kematian saya ini?

Rupanya, nyawa saya masih panjang. Pembantu bot ternampak saya sedang cuba mengapungkan diri. Dia berteriak “abang ok tak?” dan terus dia terjun ke dalam air dan datang membantu saya. Tidak dapat digambarkan berapa besarnya rasa kesyukuran saya ketika itu dan berapa terhutang budi saya kepada brader tu (ingatkan brader tu orang pulau, rupanya mamat keramat, kay ell).

Itulah pengalaman ‘leisure dive’ pertama saya selepas mendapat sijil Open Water. Nasib baik tak dapat sijil kematian. Apa yang saya nak tekankan di sini, semua skil semasa kursus Open Water itu harus anda pelajari dan berkebolehan untuk melakukannya. Setelah bertahun-tahun lamanya, saya telah berjumpa jurulatih saya tu dan bertanya kenapa kursus tersebut dilakukan sebegitu rupa. Alasannya adalah untuk mengurangkan kos kerana ada orang dari jawatankuasa penganjur dah ‘pow’ RM200 satu kepala. Kurang ajar tul…makan besaq tu.

Itulah sebabnya saya ni dikenali sebagai jurulatih yang ‘ikut buku’. Mungkin itulah hikmahnya kenapa tuhan bagi saya ‘rasa’ pengalaman tersebut.

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

One comment on “Permulaan Perjalanan Bahagian II

  1. Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua…

    Saya adalah antara anak murid CikguSelam yang kena buat semua skill dalam buku PADI 🙂 Apa yang CikguSelam buat memang terbaik untuk diri saya… Terima kasih CikguSelam 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.