Permulaan Perjalanan Bahagian I

 

Saya mula menyelam skuba dari tahun 1997, yang mana ketika itu penyelam tempatan, apatah lagi penyelam berbangsa Melayu, dipandang dengan kehairanan dan kekaguman. Masih ingat lagi… semasa saya menjejak kaki di ‘Long Beach’, Pulau Perhentian Kecil untuk percutian menyelam saya yang pertama setelah mendapat lesen skuba…dilayan bagai VIP oleh pekerja dan pengusaha tempatan. Saya terpinga-pinga kehairanan kerana saya ni bukannya orang kaya atau berpangkat. Bila keesokkannya saya keluar menyelam, baru saya faham mengapa…dalam kumpulan penyelam seramai 10 orang, hanya saya seorang berbangsa Melayu, malah satu-satunya orang Malaysia. Yang lainnya, termasuk divemaster adalah orang asing.

Semasa saya kecil, saya suka menonton cerita-cerita pengembaraan Jacques Cousteau dengan kapal penyelidikannya yang terkenal Calypso. Beliau dianggap sebagai bapa skuba (akan saya ceritakan dalam posting akan datang). Sepanjang hidup saya, saya memang bercita-cita untuk menyelam seperti idola saya, namun pada masa tu mana ada kemudahan seperti sekarang.

Sehinggalah pada tahun 1997, kelab sukan di tempat kerja saya telah menganjurkan kursus ‘Open Water Diver’. Ibarat bulan jatuh ke riba, saya begitu bersungguh-sungguh. Pada ketika itu, semuanya mahal, tapi dah idola saya adalah pencipta jenama “US Diver”, maka semua peralatan saya adalah daripada jenama yang sama. Habis kad kredit…maksima. Saya telah mengambil masa bertahun untuk membayar balik kad kredit, tapi ‘biar pape asal bergaye’….haha. Sekarang jenama ‘US Diver’ telah menjadi ‘collectors item’. Ianya tidak dikeluarkan lagi, melainkan untuk kegunaan militeri.

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

One comment on “Permulaan Perjalanan Bahagian I

  1. Pingback: Permulaan Perjalanan Bahagian II | Cikgu Selam

Leave a Reply

Your email address will not be published.