Penyelamat belajar Fish ID?

fish id

Baru-baru ini saya berjumpa rakan dari Pulau Tioman. Dalam banyak-banyak cerita beliau, satu cerita menarik perhatian saya. Ceritanya begini…..

Ada sekumpulan anggota sebuah agensi penyelamat telah datang ke Pulau Tioman tahun lepas untuk kursus Open Water dan Advance Open Water. Kursus telah dijalankan seperti biasa….cuma…….yang membingungkan beliau adalah kenapa perlu penyelam yang buat AOWD mengambil modul ‘Fish ID’? Adakah apabila menyelam mencari mangsa lemas, ilmu itu berguna? Banyak lagi modul yang lebih sesuai seperti ‘Search and Recovery’, ‘Underwater Navigation’, ‘Enriched Air’ dll. Apa rasionalnya untuk seorang penyelamat belajar Fish ID?

Jawapan saya…hmmm mungkin depa nak senang kenai ikan kat pasar. Haha bergurau je. Kemungkinan besar mereka ini tertipu dan ditipu. Tertipu dek kerana keegoan mereka untuk tidak bertanya dan ditipu oleh jurulatih yang mengambil kesempatan di atas keegoan mereka itu. Mungkin juga kursus itu adalah tiket untuk mereka bersantai di pulau peranginan.

Walau apa pun alasannya, yang rugi semestinya rakyat Malaysia, kerana segala perbelanjaan itu menggunakan duit rakyat. Segala perbelanjaan untuk latihan, khususnya bagi melengkapkan ilmu untuk keselamatan rakyat, hendaklah digunakan untuk kepentingan rakyat.

Selaman keselamatan awam atau PSD adalah satu cabang menyelam yang amat berbeza daripada selaman skuba biasa. Ia adalah selaman yang khusus untuk mencari mayat, aset atau bahan bukti di dalam keadaan yang mencabar seperti jarak penglihatan sifar. Tatacara dan protokolnya adalah jauh berbeza. Oleh itu, latihannya seharusnya jauh berbeza daripada latihan skuba biasa. Macam-macam ajaran sesat yang berlaku sekarang mengenai selaman PSD ini…. ada yang ikat tangan, ada yang turun ber ‘buddy’, ada yang turun tanpa tali. Masalahnya, ajaran sesat ini mengakibatkan keadaan tidak selamat bagi penyelam. Hati-hati menuntut ilmu tuan-tuan.

 

 

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Leave a Reply

Your email address will not be published.