Pentingnya Scuba Review

AAS (Octopus) yang berwarna kuning

Baru-baru ini semasa saya berada di salah sebuah pulau peranginan, saya telah bersembang dengan seorang penyelam, Madam Y. Beliau memberitahu saya akan kejadian yang telah menimpanya semasa menyelam siang tadi. Begini ceritanya…

Madam Y sedang menyelam bersama kumpulannya seramai 14 orang. Tiba-tiba beliau berasa hendak terbatuk lalu telah mengeluarkan regulator daripada mulutnya. Apabila selesai, beliau telah memasukkan semula regulator ke dalam mulutnya tetapi telah ‘terlupa’ untuk ‘purge’ (kaedah mengeluarkan air daripada mouthpiece regulator).  Apa lagi, minum air laut free la.

Beliau kemudian telah berenang di dalam air (kedalaman 16m) TANPA regulator… sambil cuba untuk meminta bantuan rakan-rakan. Dia pun menghampiri rakan terhampir, Mr R untuk bantuan. Mr R pula yang sedang asyik melihat telatah ikan-ikan disekelilingnya terkejut…perkara yang tidak disangka…seorang penyelam lain meminta bantuan TANPA regulator di dalam mulut. Mr R pun tergopoh gapah mencari AAS (alternate air source) nye, atau nama glamernya ‘octopus’.

Setelah beliau berjaya mendapatkan ‘octopus’nya, Mr R pun terus menyumbatkannya ke mulut Madam Y. Beliau telah menekan butang ‘purge’ 2,3 kali untuk mengeluarkan air daripada ‘mouthpiece’, lalu melepaskan ‘octopus’ nya. Puhhhh….Madam Y meludah keluar ‘octopus’. Mr R terpegun dan mengulangi tindakannya tadi. Puhhh…..hasil yang sama. Kali ini Madam Y terus berenang ke permukaan masih tanpa regulator dimulut, sambil dituruti oleh Mr R. Alhamdulillah, sampai ke permukaan.

Setelah mendengar cerita Madam Y, saya pun bertanya bila kali terakhir beliau menyelam. Tahun 2010. Uiks…lama dah tu. Setelah tidak menyelam selama hampir 2 tahun, beliau tidak membuat Scuba Review terlebih dahulu. Scuba Review adalah sesi ulangkaji skil utama confine water serta langkah-langkah keselamatan. Ianya penting supaya anda tidak lupa.

Dalam cerita di atas, tidak mustahil perkara ini terlepas pandang oleh dive centre kerana saya sendiri tidak ditanya kad lesen menyelam dan logbook saya.

1. Apabila regulator telah keluar daripada mulut, sudah pasti air akan masuk ke dalam mouthpiece. Maka JANGAN LUPA untuk clear regulator samada dengan menekan butang ‘Purge’ atau menghembus terlebih dahulu sebelum menyedut udara.
2. Alternate Air Source atau Octopus hendaklah diletakkan dalam kawasan tiga segi antara dagu dan bawah rusuk. Ini adalah lokasi ‘universal’ yang diajar dan diterima pakai oleh semua penyelam di dunia. Kalau tiada pemegang (holder), jangan selit menyelit hingga susah untuk di capai apabila berlaku kecemasan.
3. Anda mestilah tahu di mana octopus anda berada dan boleh menggunakannya secepat mungkin sekiranya perlu.
4. Apabila membantu rakan penyelam, pastikan walaupun anda sendiri sedang panik, untuk tidak menunjukkan keadaan panik anda itu kepada mangsa. Sekiranya mangsa melihat yang anda juga panik, maka ini memberikan kesan negatif kepadanya. Berikan keyakinan kepada mangsa.
5. Apabila tidak menyelam untuk jangkamasa yang lama, aturkan sesi Scuba Review. Jangan rasa ‘over confident’ kerana perasaan itu boleh membunuh anda.  Ini adalah untuk KESELAMATAN anda.

Saya bersyukur Madam Y terselamat. Dengan nostalgia 2 kemalangan menyelam dalam tempoh yang dekat, tidak saya sangka bahawa saya hampir menyaksikan kemalangan yang ketiga. Pada anda penyelam semua, berhati-hati…safety first.

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

3 comments on “Pentingnya Scuba Review

  1. Saya rasakan Scuba Review it adalah sesuatu yang tidak beberapa perlu diketengahkan sekiranya setiap penyelam Scuba mematuhi peraturan. “Setiap penyelam bertauliah yang telah tidak menyelam selama 6 bulan atau lebih, harus menjalani Refresher Course, samada dikolam atau dilaut.”
    Etika ini adalah berbentuk “self-regulatory”, dan tidak di perlu diingatkan oleh sesiapa, atau dalam eritkata mudahnya, – Sendiri mau tau lah…
    Jangan kerana terlalu ego atau otai, anda tak boleh mengaku pekara semudah ini. Terlalu banyak kali saya sudah mendengar dan melihat orang yang membuat kesilapan mudah akibat terlupa, yang mungkin memudharatkan diri sendiri.
    Ego, otai, pride, kiasu semuanya tiada bermakna sekiranya nyawa dah nak ikut ikan…

Leave a Reply

Your email address will not be published.