MIDE

image

Saya telah menjengah ke MIDE (Malaysian International Dive Expo) yang bermula 5hb-7hb Julai di PWTC. Tujuan untuk mengunjung ‘booth’ rakan-rakan.

Bagi yang bercadang nak ke ekspo ini, bayaran masuk adalah RM3 seorang.


image

Tahun ini alat ‘rebreather’ serta latihan kelihatan hangat di jual di kebanyakkan pusat selam tempatan. Begitu juga ‘side mount’ mula menjengahkan wajah nya.

image

Badan-badan persijilan antarabangsa seperti PADI dll juga membuka ruang pameran.

image

Pelbagai jenama peralatan menyelam turut dijual.

image

Aksesori ‘waterproof’ banyak juga dijual samada untuk telefon bimbit, ipad ataupun tab. Perkara paling menarik adalah banyak juga yang menjual ‘housing’ untuk Iphone untuk membolehkan ianya digunakan sebagai kamera ‘underwater’ maupun sebagai komputer selam pada kedalaman 40m. Namun lagi dalam, lagi la mahal.

image

Saya suka melihat benda-benda baru dan trendy. Suka melihat juga gelagat penyelam baru yang teruja dan sibuk membeli barangan. Kadangkala saya melihat mereka membeli barangan yang mereka sendiri tidak tahu mengapa mereka perlu membelinya. Hehehe…siapa kata orang Malaysia kurang kemampuan?

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Leave a Reply

Your email address will not be published.