Mata Menipu Anda? Part 3

Imbangan Putih Yang DI Pra-tetapkan

Keseimbangan warna secara automatik boleh diatasi oleh fungsi Imbangan Putih (White Balance = WB) yang ada pada kebanyakan kamera digital. Fungsi ini membolehkan anda untuk menetapkan kamera pada tetapan yang telah dipra-tentukan untuk keadaan sumber cahaya yang pelbagai, seperti cahaya siang, lampu kalimantan, berawan dan sebagainya.

Untuk hasil yang baik, dan sekiranya tanpa menggunakan bantuan pencahayaan seperti lampu strob, ia biasanya adalah mencukupi jika anda pilih WB Siang untuk di bawah permukaan, dan beralih kepada WB berawan pada kedalaman yang lebih dalam. Dewasa ini, kebanyakkan kamera digital telah menyediakan satu atau lebih pra-tetapan untuk imbangan putih dalam air yang membolehkan anda menala kamera kepada keadaan semasa selaman anda.

Imbangan Putih Secara Manual

Hasil yang terbaik diperolehi dengan mengukur imbang putih yang betul secara manual. Ini melibatkan mengambil gambar objek putih atau kelabu pada kedalaman yang tertentu supaya kamera boleh menentukan keseimbangan yang betul. Tidak semua kamera mempunyai pilihan untuk membuat imbangan putih secara manual ini maka bagi mereka yang serius mengenai fotografi di bawah air, pilihan kamera yang mempunyai fungsi ini adalah penting.

Bersambung…

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Leave a Reply

Your email address will not be published.