Mata menipu anda? Part 2

Salah satu perkara pertama yang anda lihat sebagai penyelam skuba adalah kekurangan warna yang mengejutkan. Jauh berbeza daripada filem Discovery Channel dan gambar-gambar di dalam majalah yang menunjukkan kehidupan laut yang mempunyai warna-warna cerah. Ke manakah warna-warna itu pergi? Adakah anda selama ini ‘ditipu’ dengan gambar-gambar yang di edit secara ganas menggunakan Photoshop?

Jawapannya…tidak. Hakikatnya, air menyerap cahaya dengan cepat. Terlalu cepat, sehinggakan selepas hanya 300 kaki (80 m), tidak ada cahaya yang boleh dilihat. Ini adalah jauh lebih dalam daripada yang pernah atau akan anda menyelam, tetapi penyerapan ini adalah sangat penting pada setiap kedalaman.

Spektrum cahaya yang kelihatan boleh dibahagikan kepada warna konstituen biasa (sebagai contoh, seperti ujian mengalirkan cahaya melalui suatu prisma). Daripada tenaga terkurang kepada yang tertinggi, turutannya adalah merah, jingga, kuning, hijau, biru, dan ungu. Turutan ini adalah penting, kerana warna yang mempunyai tenaga terendah yang akan mula-mula diserap di dalam air. Carta di bawah menunjukkan warna apa yang diserap pada kedalaman tertentu. Ini adalah hanya suatu anggaran, kerana kejernihan air dan kekeruhan mempengaruhi penyerapan warna.

Apa yang sebenarnya menyebabkan penyerapan ini? Semua jenis air mengandungi zarah mikroskopik. Cahaya berlanggar dengan zarah ini dan berselerak, dengan sebahagian cahaya itu diserap. Apa yang tinggal adalah apa warna yang anda dapat lihat. Semakin jauh cahaya bergerak, hanya cahaya biru kekal, yang akhirnya ia juga akan diserap. Apabila lampu suluh atau lampu strob digunakan, ianya akan memperkenalkan semula cahaya “putih”, yang mengandungi keseluruhan spektrum, membuatkan semua warna kelihatan semula.

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Leave a Reply

Your email address will not be published.