Mata menipu anda?

Warna objek seperti dilihat oleh mata

Bagi anda yang memang penyelam, pernahkah anda melihat sesuatu objek di bawah air, yang kemudiannya rakan anda mengambil gambar objek tersebut…apabila anda melihat gambarnya, anda pun tidak kenal akan objek tersebut kerana warnanya kelihatan lain?

Saya minat mengambil gambar di dasar laut, malah saya mengajar orang kursus PADI Digital Underwater Photography. Apabila saya membawa penyelam ke dasar laut, saya suka menunjuk kepada mereka flora dan fauna di dasar laut dan kemudiannya mengambil gambar objek yang saya tunjuk tu. Di sebelah malamnya, apabila saya menunjukkan gambar-gambar , dialognya selalu akan jadi sebegini:-

Student: “kat mana ni?”

Saya: “masa siang tadi la”

Student: “kenapa tak tunjuk tadi?”

Saya: “la kan dah tunjuk tadi, masa dive pertama tu, masa mula-mula kita turun tadi”

Student: “yang tunjuk tadi warna biru gelap, tak cantik. yang ni lain, warna merah, cantik sikit”

Saya: “ni la objek yang saya tunjuk tu”

Dan begitulah seterusnya perbualan, seolah-olah saya telah membuat silap mata atau berkata dusta.

Warna objek sebenarnya

Gambar yang saya guna kana di sini bukanlah gambar yang terbaik saya. Cuma saya gunakan untuk menunjukkan maksud. Gambar yang pertama adalah sama seperti apa yang akan dilihat oleh mata kasar kita. Semuanya biru belaka (loghat orang Ganu). Gambar yang kedua adalah warna sebenar objek, apabila disinari dengan lampu daripada ‘flash’ kamera saya.

Mengapakah ini berlaku? Adakah mata menipu anda? Adakah ini contoh yang dimaksudkan dengan ungkapan ‘pandang dengan mata tidak boleh percaya’? Saya akan cuba menyingkap misteri ini dalam posting saya yang akan datang…..

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

One comment on “Mata menipu anda?

Leave a Reply

Your email address will not be published.