Lapan Dikhuatiri Lemas Selepas Paus Menarik Bot Mereka

orca

Lapan orang asli dari puak bahagian terpencil di Indonesia dikhuatiri lemas selepas ikan paus yang mereka ‘harpoon’ telah menarik bot mereka ke bawah. Empat daripada 12 pemburu di atas bot kayu itu berjaya berenang ke pantai, tetapi rakan mereka telah tenggelam bersama dengan bot rapuh mereka selepas paus jenis ‘Killer Whale’ atau ‘Orca’ yang pada mulanya menyeret bot tersebut bertindak untuk menyelam.

Penduduk kampung berkata, ia adalah satu misteri mengapa lapan orang tersebut hilang tanpa dikesan kerana mereka berada dalam bot terbuka apabila ia ditarik ke bawah di perairan pulau Lembata, di timur Indonesia. Satu operasi mencari secara besar-besaran oleh penduduk tempatan dan polis marin telah gagal untuk mencari apa-apa kesan samada pemburu, bot mereka atau paus, Jakarta Globe melaporkan hari ini.

“Kami telah mencari di seluruh pelusuk” kata Yoseph Daison, ketua kampung Lamalera. Pemburu paus tradisional di Lembata kebiasaannya memburu ikan paus jenis ‘Sperm Whale’, yang dikenali sebagai ‘koteklema’, tetapi olehkerana mereka telah menjadi semakin kurang dalam tahun-tahun kebelakangan ini, penduduk kampung telah mengalihkan perhatian mereka kepada paus ‘Orca’.

“Kami memburu paus ini hanya untuk makanan bagi penduduk kampung dan ia menyedihkan apabila nampaknya kita telah kehilangan orang-orang ini apabila mereka sedang melaksanakan satu tugasan yang perlu.” Ketua daerah Lembata, Eliaser Sunur berkata beliau telah meminta pangkalan tentera laut di pusat Wilayah, Kupang, untuk menghantar kapal-kapal bagi membantu dalam operasi mencari.

Kampung Lamalera, di hujung selatan Lembata, adalah salah satu daripada hanya dua komuniti pemburu ikan paus tradisional di pulau itu. Kebiasaannya, mereka memburu kira-kira sedozen ikan paus jenis ‘Sperm Whale’ setahun. Kejadian itu telah menimbulkan pelbagai pandangan melalui media sosial. Salah seorang penulis membandingkannya kepada cerita fiksyen Kapten Ahab yang memburu paus putih bernama Moby Dick, bagi membalas dendam atas bot-bot yang ia telah tenggelamkan. Tetapi seorang penulis pula menekankan bahawa pemburuan ikan paus adalah hanya untuk menyediakan daging yang cukup untuk seluruh kampung mereka dan adalah satu proses yang penuh dengan upacara keagamaan dan pantang larang.

 

Sumber: www.dailymail.co.uk

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Leave a Reply

Your email address will not be published.