Lagi Kes Penyelam Lemas… Pulau Sibu

drown

JOHOR BAHARU, 22 Mac (Bernama) — Seorang akauntan wanita ditemui mati lemas hari ini, selepas dilaporkan hilang ketika sedang melakukan aktiviti selam skuba di Pulau Sibu, dekat Mersing, Sabtu.Ketua Polis Daerah Mersing, DSP M.Kumar berkata mayat wanita berumur 31 tahun berkenaan ditemui pada kira-kira 8.20 pagi tadi oleh pasukan gerakan mencari dan menyelamat.”Wanita itu merupakan warga Malaysia, namun, bekerja di Singapura.” Difahamkan, dia tiba untuk bercuti di sebuah resort di pulau terbabit pada pukul 10 pagi semalam, bersama-sama seorang rakan wanita dan empat rakan lelaki,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Kumar berkata wanita tersebut bersama rakan-rakannya kemudian keluar melakukan aktiviti selam skuba itu pada 12 tengah hari dan dia disedari hilang oleh rakan-rakannya dua jam kemudian apabila tidak timbul ke permukaan laut.

Beliau berkata gerakan mencari dan menyelamat wanita itu bermula semalam dengan membabitkan beberapa agensi termasuk pasukan polis marin, Anggota Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan pengendali resort.

Katanya, mangsa yang lengkap berpakaian skuba ditemui di kedalaman kira-kira 9.14m hingga 12.1m di tempat dia dilaporkan hilang.

Mayat wanita itu kemudiannya dihantar ke Hospital Mersing untuk bedah siasat.

— BERNAMA

 

NOTA: Persoalan di bibir komuniti penyelam adalah …. sekiranya laporan di atas adalah tepat….mengapa setelah 2 jam baru kehilangan nya disedari oleh rakan-rakan yang lain? Apa telah terjadi dengan sistem ‘buddy’? 

Cikguselam mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Semoga semua penyelam mempraktikkan apa yang telah dipelajari dengan sebaiknya, kerana ada sebab ianya dimasukkan kedalam silibus pembelajaran.

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Leave a Reply

Your email address will not be published.