Lagi Cerita Di Tipu

frust

Kelmarin, saya mendengar cerita sedih ini…..

Si A (identiti dirahsiakan) dan 2 orang kawannya telah ke sebuah resort di pulau yang terkenal di negeri di bawah bayu. Semasa di sana, mereka sungguh teruja dengan keindahan dan kecantikan dasar laut semasa aktiviti snorkeling. Maka, mereka pun dengan semangat yang berkobar-kobar menyahut  saranan seorang jurulatih scuba di sana.

Berpindah lah wang daripada poket saku mereka ke poket saku abang instructor. Maka bermula lah perjalanan mereka menerokai alam di bawah air. Bila dah bayar, mula kelas confine water. Si A menghadapi kesukaran untuk membuat skil  yang diajar. Habis kelas pertama baru abang instructor tanya…tau berenang x?

Maka dipendekkan cerita, abang instructor telah ‘ban’ si A daripada mengikuti kelas seterusnya, atas dasar tak tahu berenang. Bila ditanya, duit yang dibayar tak dipulangkan. Si A disuruh pulang dan belajar berenang dahulu, kelas di KIV.

Pulanglah si A ke pangkuan keluarga. Terus dia cari cikgu berenang. Sepanjang proses dia belajar berenang, dia hubungi abang Instructor, nak sambung balik kelas. “Kita buat di Tioman lah”, kata si abang Instructor. Bila time dah nak ke Tioman, x jadi pulak.

Sehingga kini, si A masih lagi mencuba untuk menghabiskan kelas OWD nya. Dengar kata abang Instructor memberitahu bahawa dia sudah tidak lagi bekerja di resort tersebut… ke mana perginya masih menjadi tanda tanya.

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

2 comments on “Lagi Cerita Di Tipu

Leave a Reply

Your email address will not be published.