Kes Mohd Nasir Mokhtar: Arwah telah dijumpai…statement TLDM

Kenyataan Tentera Laut Diraja Malaysia
Lumut, 3 Apr – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) awal pagi tadi telah berjaya menyelamatkan mayat yang ditemui  dilaut dipercayai penyelam yang hilang pada 17 Mac yang lepas.
 
Daerah Maritim 3 (DM3), APMM menerima laporan daripada sekumpulan pemancing dari Kampung Dato’ Seri Kamaruddin kira-kira jam 10 malam tadi. Menurut laporan tersebut, satu mayat yang lengkap berpakaian penyelam telah dijumpai terapung di lokasi kira-kira 4 batu nautika Timur Pulau Jarak.
 
Bertindak daripada laporan tersebut, APMM telah menugaskan asetnya Bot Penggalang 13 ke lokasi kejadian dan dalam masa yang sama memaklumkan Bilik Operasi Markas Armada TLDM tentang penemuan tersebut. TLDM bertindak mengarahkan KD LAKSAMANA HANG NADIM, yang ketika itu berada kira-kira 17 batu nautika daripada lokasi laporan mayat terapung ditemui untuk memberikan bantuan. KD LAKSAMANA HANG NADIM dalam rutin pengawasan perairan Malaysia di sekitar kawasan Selat Melaka.
 
Bot Penggalang 13 APMM berjaya menemui mayat yang dilaporkan sekitar 2 batu nautika Pulau Jarak pada kira-kira jam 5.45 pagi. KD LAKSAMANA HANG NADIM yang tiba di lokasi kejadian kemudiannya telah menugaskan krew bot kapal memberikan bantuan untuk menaikkan mayat yang lengkap dengan pakaian penyelam tersebut ke atas Bot Penggalang 13.
 
Bot Penggalang 13 APMM bersama mayat tiba di Jeti Perikanan Kampung Acheh pada kira-kira jam 6 pagi dan seterusnya menghantar mayat ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat.
 

Untuk rekod, DM 3 APMM sebelum ini telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat penyelam hilang pada 17 Mac dan menamatkan operasi pada 23 Mac. Dalam operasi tersebut TLDM telah menugaskan aset Bot Tempur CB 90, Helikopter FENNEC dan Tim Penyelam dari KD DUYONG.

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

One comment on “Kes Mohd Nasir Mokhtar: Arwah telah dijumpai…statement TLDM

Leave a Reply

Your email address will not be published.