Kes Mohd Nasir Mokhtar: Aktiviti Mencari Dihentikan

1. Semua aktiviti mencari dan menyelamat telah dihentikan.

2. Saksi-saksi di atas bot telah tampil untuk memberi keterangan kepada pihak Maritim.

3. Selepas ini, kertas siasatan akan dihantar ke Timbalan Pendakwaraya untuk pertimbangan samada ada kes atau tidak.

Bagi mereka-mereka yang menyalahkan pihak berkuasa lambat mengambil tindakan, saya menasihatkan anda supaya melihat insiden ini dari perspektif umum. Emosi tidak akan membawa kepada penilaian minda yang tepat. Kemalangan ini mendapat perhatian daripada sebahagian besar daripada rakan-rakan di dalam industri ini, selain daripada penyelam-penyelam atau yang sedang bercita-cita nak menjadi penyelam.

Tiada teori konspirasi, tiada cubaan sabotaj…mungkin ada pembaca yang terbawa-bawa dengan kancah politik semasa atau terpengaruh dengan  movie Barat.

Semua pihak harus mengambil iktibar daripada kemalangan ini, tidak kira apa peranan anda di dalam industri, tahap persijilan menyelam anda, wak ima berapa lama dah menyelam, mahu pun pihak berkuasa. Ada sesuatu yang boleh dipelajari di sini.

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Leave a Reply

Your email address will not be published.