Kehilangan Tanpa Ganti

Sad-Man-Alone-In-Love-2

Saya baru kehilangan seseorang dalam hidup saya minggu lepas. Beliau merupakan ayah angkat saya, namun, olehkerana sebab-sebab yang terlalu peribadi untuk dinyatakan, kami jarang berjumpa.

Namun saya bersyukur kerana beberapa hari sebelum beliau meninggal, keluarga angkat telah menghubungi saya. Saya terus menempah tiket kapalterbang ke negeri tempat beliau tinggal. Sempat saya berjumpa beliau, walaupun semasa itu beliau tidak sedarkan diri. Teramat sedih saya melihat keadaannya yang telah uzur. Hanya bacaan dan zikir yang mampu saya lakukan dalam senyap.

Keesokkan harinya, keadaan beliau kelihatan agak ‘baik’ daripada hari sebelumnya. Saya ketika itu masih belum menempah tiket balik. Entah mengapa, beberapa kali saya membuka website MAS, namun terlalu berat untuk saya membuat tempahan. Maka keputusannya, malam itu saya akan pergi ke hospital sekali lagi untuk melihat keadaannya, dan hanya setelah itu membuat tempahan tiket.

Pada malamnya, saya pergi semula ke hospital. Saya hanya melihat melalui tingkap kaca, beliau sedang dibersihkan oleh anak-anaknya. Ada yang menyapa, “sekarang you boleh la balik sebab keadaan orang tua tu makin elok”. Saya cuba untuk menghadiahkan senyuman. Namun entah mengapa, hati saya tidak tenteram.

Tiba-tiba, setelah 30 minit berlalu, anak cucu kelihatan kelam kabut berlari keluar masuk bilik. Beliau menghembuskan nafas terakhir dikelilingi oleh anak cucu beliau. Saya berada di luar bilik. Hati meronta untuk masuk, namun memberi ruang untuk anak cucu arwah.

Kenangan saya dengan arwah agak sedikit, namun setiap satu memberi seribu pengertian dan pengajaran. Kesedihan saya disimpan dan tidak dizahirkan secara terbuka, Hubungan saya dengan arwah adalah sangat unik, dan hanya kami berdua memahaminya. Jasa beliau dalam memperjuangkan agama, bangsa dan tanahair terlalu banyak, namun arwah memilih untuk tidak dicanang. Saya yakin ramai yang tidak tahu peranan yang telah beliau mainkan.

Chin (nama timangan beliau), I shall not forget you. Semoga Allah mencucuri rahmat atas rohnya. Al-Fatihah.

 

 

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Leave a Reply

Your email address will not be published.