Juruteknik Lemas

October 23, 2012 21:46 PM
Juruteknik Lemas, Tangki Kehabisan Oksigen Semasa Menyelam
ALOR SETAR, 23 Okt (Bernama) — Seorang juruteknik Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) mati lemas manakala rakannya dalam keadaan kritikal ketika mereka menyelam di perairan Pulau Perak, berhampiran Pulau Langkawi Selasa.

Rosli Mohammad Isa, 32, dikatakan bersama rakannya Haris Abdullah, 44, menyelam kira-kira pukul 10 pagi sebelum tangki oksigen Rosli kehabisan gas.

Difahamkan Haris yang naik semula ke bot dan menyedari Rosli tidak naik ke permukaan dalam tempoh agak lama bertindak terjun semula ke dasar laut bagi mencari mangsa.

Haris berjaya membawa Rosli ke permukaan namun ketika itu mangsa sudah tidak bernafas manakala Haris pula dalam keadaan kritikal kerana timbul secara mengejut ke permukaan air. Rakan-rakan mangsa yang ketika itu memancing di atas bot terus memaklumkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 1 Langkawi, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kapten Maritim Abdul Rahim Abdullah berkata pihaknya menerima panggilan dari orang awam mengenai kejadian itu kira-kira pukul 12.15 tengah hari.

 

— BERNAMA

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Leave a Reply

Your email address will not be published.