Jurulatih Skuba Digigit

image

Terkejut saya membaca tajuk berita, apatah lagi ‘JuruIatih’.

Jurulatih tersebut, Dave Marcel, menerima 285 jahitan selepas digigit oleh jerung dari spesis Ginglymostomatidae. Beliau digigit ketika cuba mencium jerung tersebut yang dikenali sebagai spesis yang tidak agresif. Aksi mencium jerung adalah aksi yang sering dilakukan sebelumnya, namun kali ini, nasib beliau tidak baik.

Kesilapan Marcel pada hari itu adalah memusingkan badannya ke atas dan ke bawah sebelum beliau cuba untuk mencium, sesuatu yang tidak pernah dibuatnya sebelum ini. Namun setelah ‘merasa’ yang Marcel bukanlah seekor ikan tetapi amnusia, jerung teresebut telah melepaskannya dan beredar.

Keseluruhan insiden ini dirakamkan dengan kamera dan disiarkan oleh Discovery Channel.

Masih ada manusia yang suka membuat aksi-aksi yang pada saya adalah ‘pencabulan’ kepada haiwan. Sebagai penyelam, kita seharusnya mengurangkan impak ‘pencerobohan’ kita ke dunia mereka. Cukuplah sekadar melihat atau paling ektrem pun mengambil gambar, itupun menggunakan teknik yang meminimakan impak dan tekanan kepada mereka.

Cuba bayangkan kalau tiba-tiba orang datang cium kita, suka x? Kalau sama spesis mungkin la ada ‘karan’, tapi ni berlainan spesis. Ibarat beruang datang cium kita, suka x?

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Leave a Reply

Your email address will not be published.