Instructor X Payah…apa tu?

Beberapa kali saya mendengar kenyataan seperti “SDI lebih lengkap dan teknikal daripada PADI”…atau “PADI boleh diguna luar negara, SSI tidak boleh” dll. Kekadang tu nak tergelak pun ada, nak marah pun ada. Facebook ni memang tempat orang memaparkan ke ‘bijaksanaan’ masing2, atau ingin menonjolkan ke ‘macho an’ masing2.

Alangkah indah kalau sesiapa yang tidak tahu lebih baik berdiam, daripada sesat lagi menyesatkan. Walaupun saya ni dibesarkan dalam sistem PADI, tapi sebab ramai kekawan lain, maka celik la jugak akan sistem pelajaran yang lain.

Dewasa ini, persaingan khususnya bagi kursus-kursus menyelam amat sengit. Sekarang ramai dah jadi ‘Instructor’…dan lebih ramai yang jadi ‘Instructor X Payah’. Apa kah yang saya gelarkan sebagai ‘Instructor X Payah’? Mereka adalah yang merasakan bahawa mereka telah arif dalam hal-hal menyelam ni (walaupun baru setahun jagung) dan terpanggil untuk membuat komen di forum2 dan FB wall. Ada yang lebih berani telah mengajurkan kelas menyelam, ‘mengajar’ di pool dan final buat di pulau oleh Instructor Bertauliah sebenar. Semuanya X Payah…lesen Instructor X Payah, ujian renang X Payah, ujian teori x Payah….tu yang saya panggil Instructor X Payah.

Kalau dah betul sangat kepingin nak jadi instructor, keluarlah modal dan belajar rajin2. Ambil ujian dan jadi Instructor Bertauliah. Sapa pun tak marah dan sapa pun tak akan pertikai. Kesian Instructor bertauliah yang lain ni dik oi. Modal beribu-ribu, tu pun untuk ambil IDC (Instructor Development Course) dan IE (Instructor Exam) sahaja. Kalau campur dari mula-mula buat Open Water, rasanya boleh beli kereta Persona tunai.

Pada pembaca yang baru nak berjinak dengan dunia menyelam ni, pastikan anda belajar dengan Instructor Bertauliah….bukan Instructor X Payah. Mungkin senang sebab x payah buat ujian renang dll….TAPI hanya sebab nak murah, nyawa boleh tergadai. Anda berhak untuk meminta kad pengenalan Instructor dan pastikan ianya masih sahlaku tempohnya. Kalau semuanya xde, hmmm boleh tanya nombor keahlian dan periksa dengan agensi yang berkenaan.

Akan datang….apa bezanya PADI, SSI, SDI dan semua yang iiiii…

 

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

11 comments on “Instructor X Payah…apa tu?

  1. ramai Instructor X payah ini, ramai yang ambil short cut
    kesian kepada student2 yang belajar setengah jalan tapi certified as FULL Open Water

  2. salam cikgu selam…cikgu boleh rekemen tak kat mana tempat yg best untuk belajar diving..saya ingat nak amik lesen diving…tapi tak pasti kat mana yg bagus…katanya cikgu pun dah tak mengajar lagi kan..so kalau dapat cikgu rekeman mana2 diving school yang bagus untuk beginner macam saya ni…tunjuk ajar cikgu amat saya hargai…thanks..

  3. macam mana kalau nak ambil lesen untuk diving ni?
    dimana?
    Berapa kosnya?
    Saya baru nak belajar diving.
    Harap beri tunjuk ajar

    • saudara boleh berdaftar dengan mana2 dive centre samada di pulau-pulau ataupun di bandar2 tertentu. anggaran kos berbeda2 bergantung kepada pakej yang dipilih e.g. jenis penginapan di pulau, jumlah selaman dll. sekiranya saudara menghadapi masalah, boleh berhubung dengan saya.

  4. salam cikgu selam..
    boleh terangkan pada saya tentang FREEDiving x??
    kat mne bleh sy bleh ambil lesen freediving nh??
    ape kelebihan dan kekurangan berbanding diving biase??

Leave a Reply

Your email address will not be published.