Comment Dari waris Mohd Nasir Mokhtar

Saya telah menerima komen daripada waris mangsa, Dzulfeqar Nasir, anak kedua daripada pesara tentera Mohd Nasir Mokhtar, 52, yang ‘hilang’ ketika melakukan aktiviti skuba bersama rakan-rakannya di Batu Hitam, Kepulauan Sembilan, Pangkor.

“Assalamualaikum wbt
Terima kasih atas huraian saudara cikgu selam. Saya adalah anak kedua mangsa. Sehingga kini ayah saya masih belum ditemui lagi.
Info dari sahabat2 ayah saya yg juga merupakan panglima2 TLDM,bekas diver,etc, mereka membawa peserta ke laut yg sangat dalam iaitu 138m. Arus sangat kuat dan air sangat keruh sehingga tiada visibility.
Menurut saksi iaitu buddy ayah saya,pelampung bertali tidak disediakan di tepi bot,tangga tidak dilabuhkan sblm perserta masuk ke dalam air. Tiada juga tali yg disediakn untuk penyelam memegang.
Kami tidak berpuas hati dgn DM itu kerana mengambil masa lebih SATU JAM sebelum membuat keputusan utk pergi mencari ayah saya. Dan juga lebih 3 JAM sebelum memanggil utk pertolongan Navy,Maritim,bomba dan polis.
DM tersebut telah pun lari ke Shah Alam.”

 

Saya telah menjawab kepada saudara Dzulfeqar di ruangan comment di artikel ini. Oleh kerana siasatan sedang dijakankan, saya tidaklah mahu menambah lagi spekulasi tentang apa yang berlaku.  Apa yang saya boleh berkongsi adalah penerangan teknikal supaya pembaca lebih faham akan terma skuba yang diperkatakan. Ini tidak bermaksud bahawa apa yang saya tulis dibawah ini adalah apa yang telah berlaku kepada Encik Nasir.

Jaket Pengapungan (BCD)

Illustrasi

  • – Kemungkinan BCD tersebut yang pada awalnya berlubang telah koyak lebih besar. Ini boleh berlaku apabila tekanan udara yang dimasukkan ke dalam BCD akan termampat oleh kerana ada 2 tekanan yang bertentangan, iaitu tekanan air dan tarikan graviti. Sekiranya BCD berada dalam keadaan baik, maka udara termampat akan berada di dalam BCD. Namun sekiranya ada kesan koyak atau berlubang, maka tekanan tambahan ini boleh memaksa koyakan tersebut menjadi lebih besar.
  • – BCD yang berlubang atau koyak ini diuji di daratan, maka ianya mampu kekal kembung (inflated), memberikan andaian seolah-olah lubangnya kecil. Ini adalah kerana tiada tekanan daripada arah bertentangan (tekanan air), maka tiada elemen yang ‘memampatkan udara di dalam BCD.
  • – Namun, BCD yang sama dimasukkan kedalam air, maka terdapat tekanan air dari arah bertentangan, sama seperti kita memicit belon yang berlubang. Maka udara yang termampat  akan keluar melalui lubang tersebut dengan pantas dan kuat.

Arus  Permukaan (Surface Current)

  • – Apabila kita menyelam di kawasan berarus, banyak aspek yang perlu di kaji dan semestinya langkah keselamatannya bertambah. Kebiasaannya, untuk kawasan yang berarus kuat, penyelam boleh hanyut dengan pantas dan mudah untuk tersasar daripada lokasi selaman sebenar. Sekiranya dasar adalah landai, maka ini tidak menjadi masalah. Namun bagi ‘dive site’ yang curam, ia merbahaya kerana jurang perbezaan adalah terlalu dalam, dari 30m tiba-tiba turun dah lebih 40m (dalam kes ini dilaporkan 138m).
  • – Maka sebagai seorang penyelam, kita perlu lebih peka kedudukan kita di permukaan. Kebanyakkan ‘diver’ baru sibuk memasang peralatan masing-masing tanpa menyedari bahawa mereka telah hanyut. Apabila telah terperangkap ini dalam dakapan arus ini, maka adalah agak sukar untuk melawannya. Lama kelamaan apabila kita mencuba tapi semakin dibawa arus, maka kita akan mula panik.
  • – Apabila perasan panik ini timbul, maka fikiran jadi tidak rational. Kita akan mencuba lebih Kuat, menyebabkan ‘overexertion’, yang menghasilkan cramp, kelesuan malah serangan sakit jantung. Itulah sebabnya penyelam dilarang meletak mask di atas dahi kerana ini adalah tanda orang panik. Orang yang panik atau ‘distressed diver’ ini akan membuat tindakan tidak rational seperti membuka mask, meludah keluar regulator dll.

Saya mengucapkan Salam Takziah kepada keluarga Mohd Nasir Mokhtar, dan sama-sama lah kita berdoa agar usaha-usaha untuk mencari beliau dipermudahkan. Semoga Allah memperkenankan kesabaran kepada mereka dalam menghadapi ujian yang berat ini.

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Leave a Reply

Your email address will not be published.