Video – bagaimana rasanya menyelam?

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

M I D E

 

Expo menyelam yang semakin mendapat tempat di kalangan peminat aktiviti skuba akan diadakan di PWTC bermula hari ini, 6hb hingga 8hb Julai 2012. Ramai kawan-kawan saya yang buka booth, jadi walaupun tiada orang bayar saya atau suruh promote MIDE, saya promote kan la jugak FOC untuk tahun ni sebagai menyokong usaha kawan-kawan dan program alam sekitar yang diadakan.

Jika anda seorang yang boros….tinggalkan aje kad kredit di rumah….hehe. Rambang mata di buatnya.

 

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Apa itu Open Water Diver?

Sistem Pembelajaran PADI

Bagi mereka yang telah memenuhi kehendak pra-syarat seperti yang saya nyatakan di sini, maka anda telah bersedia untuk melangkah ke fasa pertama memasukki alam skuba iaitu Open Water Diver (OWD). OWD adalah tahap perlesenan menyelam yang paling asas. Bagi yang malu bertanya, biarlah saya terangkan di sini apakah komposisi kursus OWD ni.

Kursus OWD ni terbahagi kepada 3 bahagian iaitu 1) Knowledge Review (Teori) 2) Confined Water (Kolam @ Tepi Pantai) dan 3) Open Water (Laut @ Tasik). Anda ada pilihan samada membuat kesemuanya (1-3) di pulau, atau Modular (1 & 2) di bandar yang anda tinggal dan (3) di pulau. Kalau memilih kesemuanya di pulau, maka minima anda perlu berada di pulau adalah 4 hari/3 malam. Kalau memilih secara Modular, anda hanya perlu berada di pulau selama 3 hari/2 malam.

Continue Reading

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Kenangan di Pulau Jarak

Lokasi Pulau Jarak dan Pulau Sembilan

 Ramai yang tertanya di manakah letaknya Pulau Jarak, dan berapa jauhkah daripada Pulau Sembilan, lokasi asal Arwah Mohd Nasir Mokhtar mula hilang? Pulau Jarak ini terletak agak jauh daripada tanah besar Semenanjung. Kalau orang Malaysia, yang sampai di situ adalah penyelam dan pemancing tegar, atau pihak berkuasa seperti Pasukan Gerakan Marin PDRM, Maritim Malaysia (APMM), Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) ataupun mereka-mereka daripada pasukan elit. Kalau orang asing…..jawapannya tekong-tekong dari seberang…kerana lokasinya yang agak dekat dengan perairan antarabangsa. Continue Reading

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Kes Mohd Nasir Mokhtar: Arwah telah dijumpai…statement TLDM

Kenyataan Tentera Laut Diraja Malaysia
Lumut, 3 Apr – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) awal pagi tadi telah berjaya menyelamatkan mayat yang ditemui  dilaut dipercayai penyelam yang hilang pada 17 Mac yang lepas.
 
Daerah Maritim 3 (DM3), APMM menerima laporan daripada sekumpulan pemancing dari Kampung Dato’ Seri Kamaruddin kira-kira jam 10 malam tadi. Menurut laporan tersebut, satu mayat yang lengkap berpakaian penyelam telah dijumpai terapung di lokasi kira-kira 4 batu nautika Timur Pulau Jarak. Continue Reading
FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Pentingnya Scuba Review

AAS (Octopus) yang berwarna kuning

Baru-baru ini semasa saya berada di salah sebuah pulau peranginan, saya telah bersembang dengan seorang penyelam, Madam Y. Beliau memberitahu saya akan kejadian yang telah menimpanya semasa menyelam siang tadi. Begini ceritanya…

Madam Y sedang menyelam bersama kumpulannya seramai 14 orang. Tiba-tiba beliau berasa hendak terbatuk lalu telah mengeluarkan regulator daripada mulutnya. Apabila selesai, beliau telah memasukkan semula regulator ke dalam mulutnya tetapi telah ‘terlupa’ untuk ‘purge’ (kaedah mengeluarkan air daripada mouthpiece regulator).  Apa lagi, minum air laut free la. Continue Reading

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Kes Mohd Nasir Mokhtar: Aktiviti Mencari Dihentikan

1. Semua aktiviti mencari dan menyelamat telah dihentikan.

2. Saksi-saksi di atas bot telah tampil untuk memberi keterangan kepada pihak Maritim.

3. Selepas ini, kertas siasatan akan dihantar ke Timbalan Pendakwaraya untuk pertimbangan samada ada kes atau tidak. Continue Reading

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare