Penyelamat belajar Fish ID?

fish id

Baru-baru ini saya berjumpa rakan dari Pulau Tioman. Dalam banyak-banyak cerita beliau, satu cerita menarik perhatian saya. Ceritanya begini…..

Ada sekumpulan anggota sebuah agensi penyelamat telah datang ke Pulau Tioman tahun lepas untuk kursus Open Water dan Advance Open Water. Kursus telah dijalankan seperti biasa….cuma…….yang membingungkan beliau adalah kenapa perlu penyelam yang buat AOWD mengambil modul ‘Fish ID’? Adakah apabila menyelam mencari mangsa lemas, ilmu itu berguna? Banyak lagi modul yang lebih sesuai seperti ‘Search and Recovery’, ‘Underwater Navigation’, ‘Enriched Air’ dll. Apa rasionalnya untuk seorang penyelamat belajar Fish ID? Continue Reading

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Mata menipu anda? Part 2

Salah satu perkara pertama yang anda lihat sebagai penyelam skuba adalah kekurangan warna yang mengejutkan. Jauh berbeza daripada filem Discovery Channel dan gambar-gambar di dalam majalah yang menunjukkan kehidupan laut yang mempunyai warna-warna cerah. Ke manakah warna-warna itu pergi? Adakah anda selama ini ‘ditipu’ dengan gambar-gambar yang di edit secara ganas menggunakan Photoshop?

Jawapannya…tidak. Hakikatnya, air menyerap cahaya dengan cepat. Terlalu cepat, sehinggakan selepas hanya 300 kaki (80 m), tidak ada cahaya yang boleh dilihat. Ini adalah jauh lebih dalam daripada yang pernah atau akan anda menyelam, tetapi penyerapan ini adalah sangat penting pada setiap kedalaman. Continue Reading

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Mata menipu anda?

Warna objek seperti dilihat oleh mata

Bagi anda yang memang penyelam, pernahkah anda melihat sesuatu objek di bawah air, yang kemudiannya rakan anda mengambil gambar objek tersebut…apabila anda melihat gambarnya, anda pun tidak kenal akan objek tersebut kerana warnanya kelihatan lain?

Saya minat mengambil gambar di dasar laut, malah saya mengajar orang kursus PADI Digital Underwater Photography. Apabila saya membawa penyelam ke dasar laut, saya suka menunjuk kepada mereka flora dan fauna di dasar laut dan kemudiannya mengambil gambar objek yang saya tunjuk tu. Di sebelah malamnya, apabila saya menunjukkan gambar-gambar , dialognya selalu akan jadi sebegini:-

Student: “kat mana ni?”

Saya: “masa siang tadi la” Continue Reading

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare