Berdoa untuk Lahad Datu

Saya telah lama tidak menulis atau apa-apa ‘up-date’. Selain daripada sedikit sibuk dengan tugasan, perkara yang mengganggu pemikiran saya adalah kesihatan ayah saya yang beberapa kali dimasukkan ke hospital dalam sebulan ini. Beliau mengidap penyakit barah tahap empat,

Namun, perkembangan di Lahad Datu dengan insiden terkini menyebabkan 3 anggota terkorban dan 2 anggota cedera dari kalangan warga PDRM, atau lebih tepat lagi VAT69, membuat hati saya teruja untuk menulis. Jangan bimbang, saya bukan hendak mengubah arah menjadi penganalisa politik atau militari.

Sabah sebagai destinasi menyelam

LD3

Sabah adalah merupakan destinasi pelancong dalam dan luar negara, khususnya di kalangan penyelam. Kini dengan pergolakan di Lahad Datu, ia akan sedikit sebanyak mengganggu gugat industri pelancongan. Apatah tidaknya bila Tawau dan Semporna juga disebut-sebut sebagai pintu masuk pengganas Sulu ini untuk membantu rakan-rakan mereka yang sedang digempur pihak berkuasa. Tawau adalah pintu masuk utama melalui udara untuk ke Semporna, dan Semporna adalah laluan masuk ke pulau-pulau indah seperti Pulau Sipadan, Mabul, Kapalai, Mataking dan lain-lain lagi.

Sekiranya pertempuran tamat pun, namun kesan daripadanya saya jangkakan akan berterusan. Kedudukan Sabah yang terlalu hampir dengan negara jiran, serta ikatan kekeluargaan antara penduduk kedua belah sempadan merumitkan lagi penyelesaian mudah.

 

Tujuan tidak menghalalkan cara

LD2Sekiranya mana-mana pihak mempunyai tuntutan, maka haruslah dibuat cara beradap dan mengikut saluran yang betul. Telah banyak yang negara ini, tempat tumpah darahku, membantu orang-orang Sulu. Tidak masuk di akal fikiran di dunia moden ini, kita boleh masuk rumah orang dan menuntut rumah itu.

 

Menangguk di air keruh

LD5Bekas Laksamana TLDM (Logistik?)memberi komen yang semua ini mungkin adalah sandiwara. Jika benar, maka ianya hanya boleh direka oleh seseorang yang berkaliber untuk menjadi Dajjal Akhir Zaman, kerana berjaya menyebabkan dua pihak yang sama kiblat, sama nabi, sama kitab dll berbunuhan antara satu sama lain. Namun setelah pertempuran bermula dan kematian berlaku dikedua belah pihak, saya berasa hairan kerana masih ada pihak yang mengatakan ini semua sandiwara. Ada tidak sesiapa di luar sana nak berlakon, termasuk ditembak mati? Kalau ada, berapa ribu agaknya upah berlakon dia tu ek?

LD7

Saya bukanlah seorang yang vokal tentang hal-hal politik, namun saya rasa terkilan. Semasa Sabah dilanda krisis, ini adalah krisis negara dan sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya mengenepikan fahaman politik dan bersatu menyokong perwira kita yang sedang berjuang untuk mempertahankan kedaulatan negara. Daripada kita sibuk memikirkan strategi bagaimana untuk menggunakan isu ini sebagai ‘political leverage’, lebih baik kita berdoa untuk keselamatan, kesejahteraan dan kemakmuran semua, dan agar pertumpahan darah sesama Islam ini dihentikan secara damai.

LD6

Pada mereka yang mengeluarkan kata-kata kesat kepada warga Angkatan Keselamatan, memang mudah untuk berkata-kata sekiranya menaip di atas kerusi empuk dalam bilik berhawa dingin. Ingatlah, anda boleh berbuat demikian olehkerana adanya mereka ini menjaga keselamatan anda dan negara siang / malam.

Pada mereka yang gugur, marilah kita menghadiahkan Surah Al-Fatihah.

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

2 comments on “Berdoa untuk Lahad Datu

  1. Hari ini si semporna semua kedai tutup awal, nak makan pun susah, nak beli mee segera pun semua supermarket tutup… Berjalan balik dari office kerumah waktu malam pun mengerikan di sebab kan di sini lampu jalan semua nya tidak menyala.
    Memang agak terjejas untuk para diver, hari ni ada diver yg hampir tidak boleh balik ke semporna si sebabkan isu ini.
    Esok pula boleh dikatankan pengusaha bot diving tidak mahu keluar ke laut, kesian kepada pelanggan yg dah buat tempahan dan dah bayar tempahan tu.

    • Dengar kata di Semporna pun orang awam dalam kebimbangan. Semua ‘stock up’ makanan. Habis la industri pelancongan. Kawasan semporna dan pulau-pulau sekitar tu memang di kawal ketat semenjak kes penculikan dahulu. Apa-apa pun semoga selamat menjalani IDC di sana. Kalau ada perkembangan terkini, minta update k.

Leave a Reply

Your email address will not be published.