Apa itu Open Water Diver?

Sistem Pembelajaran PADI

Bagi mereka yang telah memenuhi kehendak pra-syarat seperti yang saya nyatakan di sini, maka anda telah bersedia untuk melangkah ke fasa pertama memasukki alam skuba iaitu Open Water Diver (OWD). OWD adalah tahap perlesenan menyelam yang paling asas. Bagi yang malu bertanya, biarlah saya terangkan di sini apakah komposisi kursus OWD ni.

Kursus OWD ni terbahagi kepada 3 bahagian iaitu 1) Knowledge Review (Teori) 2) Confined Water (Kolam @ Tepi Pantai) dan 3) Open Water (Laut @ Tasik). Anda ada pilihan samada membuat kesemuanya (1-3) di pulau, atau Modular (1 & 2) di bandar yang anda tinggal dan (3) di pulau. Kalau memilih kesemuanya di pulau, maka minima anda perlu berada di pulau adalah 4 hari/3 malam. Kalau memilih secara Modular, anda hanya perlu berada di pulau selama 3 hari/2 malam.

1) Knowledge Review (Teori)

Di sini, anda perlu membaca buku manual OWD yang mesti dimilikki secara peribadi. Zaman saya belajar dulu boleh la berkongsi…fotostat pulak tu. Sekarang, setiap buku manual disertakan bersama borang permohonan OWD. Masih ada lagi penyelam yang di TIPU bulat-bulat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Bayar penuh tapi buku manual tidak diberikan.

Ada 5 bab atau ‘chapter’ di dalam buku manual tersebut. Di penghujung setiap bab ada soalan ‘knowledge review’. Kalau anda sayangkan buku anda, anda bolehlah menfotostat soalan ‘knowledge review’ ini dan jawab secara jujur. Apabila berjumpa dengan jurulatih anda, serahkan pada beliau untuk disemak.

Semasa kelas teori ini, anda akan menonton video OWD. Cara yang paling baik dan menarik. Sekiranya jurulatih anda percayakan anda, anda boleh meminjam DVD untuk menontonnya di rumah, tapi jaga lah DVD tu baik-baik. Saya pernah meminjamkan pelatih saya, dah lah diperapnya selama sebulan. Bila dapat balik, bercalar balar sehingga tidak dapat digunakan. DVD ni harganya bukan yang macam Mat DVD haram tu jual RM8 sekeping. DVD ni harganya beratus ringgit. Sekolah tinggi, kerja eksekutif, tapi etika….sayang sekali.

2) Confined Water 

Di akhir setiap bab dalam DVD tu akan ditunjukkan apakah latihan yang akan dibuat semasa di kelas Confined Water. Kelas ini boleh dilakukan di dalam kolam renang, atau sekiranya anda membuat keseluruh kursus OWD di pulau, maka kelas Confined Water ini akan dibuat di tepi pantai.

Di peringkat ini, jurulatih anda akan mendemonstrasikan skil yang perlu anda lakukan. Jangan buat apa-apa, hanya tengok dan hayati langkah-langkah membuat skil tersebut. Setelah itu, jurulatih akan bertanya samada anda faham atau tidak. Sekiranya tidak faham, jawab tidak dan jurulatih akan mengulangi skil tersebut. Sekiranya faham, maka giliran anda pula untuk mendemonstrasikan skil tersebut.

Mungkin ada yang dah menggaru kepala…pening memikirkan bagaimana jurulatih nak bertanya dan anda nak menjawab dalam air? Hahaha…sabar, udah bayar pengerasnya baru boleh bagi tau.

3) Open Water 

Setelah anda faham apa yang telah diajarkan di peringkat ‘Confined Water’, maka tiba lah masa untuk melangkah ke bahagian yang terakhir. Di bahagian Open Water ini lah anda perlu mendemonstrasikan semula semua skil yang telah anda pelajari semasa di dalam kolam. Bezanya adalah…..jurulatih anda TIDAK akan mendemonstrasikan skil. Bagi bahagian ini, anda akan membuat sebanyak 4 selaman. Selaman 1 & 2 pada kedalaman tidak melebihi 12m, dan selaman 3 & 4 tidak melebihi 18m.

Teringat semasa saya mula-mula nak turun selaman sulung saya semasa kursus OWD saya. Air masa tu agak keruh, dan bilangan kami ramai. Setelah membaca doa yang agak panjang di permukaan, serta mengucap 2 kalimah syahadah, saya pun memegang tali dan mula turun. Bila mula turun saja, secara automatik terdengar bunyi lagu. Saya pun hairan…. mana datang lagu tu? Anda nak tahu lagu apa? Soundtrack filem Jaws. Rupanya, pemikiran orang yang ketakutan ni boleh menghasilkan background music yang berketepatan dengan situasi yang dihadapinya….hehehe.

Saya nasihatkan anda janganlah takut seperti saya. Ambil petua Pendekar Mustar Pinang Sebatang… “Jangan takut dan Jangan bimbang…Itu semua C O B A A N”. Kebiasaanya bagi selaman 1 & 2, anda akan turun dengan memegang tali buoy. Jangan berlagak macho atau berdegil. Pegang tali tu semasa nak turun dan ‘equalise’. Ada juga yang ‘degil’ sikit, dan akibatnya samada terhanyut di bawa arus atau turun dengan laju dan mendarat macam ‘Washing Machine’ ke dasar.

Bila anda rasa macam nak panik, cuba anda tengok di sekeliling anda. Mesti ada ikan-ikan kecil yang sedang memerhatikan anda, seolah-olah mentertawakan anda. Jadi, kalau tidak mahu diri anda ditertawakan oleh ikan-ikan dan hidupan laut, JANGAN PANIK. Bak kata perpatah…jangan kasi malu member daa.

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

41 comments on “Apa itu Open Water Diver?

  1. Sy nk tny beberapa soalan. Hrp dapat bantu.
    Sy nk ambil lesen diving di Jepun under NAUI.
    Sy tgh pk samada nk ambil lesen “PASSPORT DIVER” course or “SCUBA DIVING” course. Dgn “PASSPORT DIVER” sy blh menyelam dimana2 dgn bertemankan instructor. Manakala “SCUBA DIVING” license, sy blh diving dimana2 tmpt yg dibenarkan tanpa instructor or guider.

    Soalan;
    1.Berapakah kos purata utk hire instructor di Msia?
    2.Berapakah sewa peralatan di Malaysia, atau adakah lebih baik kalau beli sendiri di Jepun?
    3.Drpd penjelasan sy diatas, adakah “PASSPORT DIVER” itu setara dgn “OPEN WATER DIVER” di Malaysia?

    Sekian,
    Harap dapat membantu.
    Razman

    • Saudara Razman,

      1.Di Msia, purata kos untuk membuat lesen menyelam masih murah jika dibandingkan dengan negara lain. Untuk tahap Open Water Diver, selalunya ianya dipakejkan sekali dengan kos penginapan, feri, peralatan menyelam serta 4 kali selaman.

      2.Sekiranya saudara ingin membuat kursus, selalunya kos sewa peralatan telah dipakejkan sekali.

      3.Tidak. “PASSPORT DIVER” hanya setara dengan “Discover Scuba Diver”, iaitu mesti menyelam dengan diiringi oleh seorang profesional. Kursus yang setara dengan “Open Water Diver” adalah “SCUBA DIVER”. Sekiranya saudara memang berminat dan berniat untuk menjadikan skuba ini sebagai hobi, maka adalah lebih baik saudara mengambil kursus yang setara dengan “Open Water Diver”.

  2. Terima kasih banyak di atas jawapan terperinci.

    Saya sekarang berada di Jepun. Jadi agak sukar untuk saya mendapat cuti yang panjang untuk ambil kursus di Malaysia.

    Izinkan saya bertanya satu lagi soalan.

    Adakah boleh saya upgrade lesen NAUI “PASSPORT DIVER” saya itu terus ke PADI “Open Water Diver” bila saya balik ke Malaysia kelak?

    Terima kasih di atas bantuan yang diberikan.

    • anda perlu tahu berenang, x semestinya pandai berenang mcm perenang olimpik. keperluan tahu berenang ini adalah untuk keselamatan anda sekiranya berada jauh daripada bot atau perlu menunggu bot sampai ke lokasi anda.

  3. saya berminat untuk mengambil lesen diver…buat masa ini saya pasti syarikat2 pelancongan di semporna x akan membuka program tersebut kerana krisis yang melanda… boleh kah bagi saya info siapa yang saya patut hubungi di sabah untuk memanjangkan niat saya ini.

  4. Saya bole berenang sikit2, cuma sy biasa berenang di kolam je yg agak 2 bole smpi kaki… tp klu laut, luas dn dlm… bole ke sy ni bljr menyelam coz sy agak2 takut gitu..huhu

    • pra-syarat adalah ‘boleh’ berenang dan bukannya ‘pandai’ berenang. saudari boleh memilih untuk membuat ujian berenang samada di laut ataupun di kolam renang.

    • untuk mengambil lesen menyelam seawal umur 10 tahun. ianya dikenali sebagai ‘junior open water’. ada juga program ‘bubble maker’ untuk umur 8 tahun tetapi tiada lesen menyelam dikeluarkan.

  5. saya berminat untuk jd kan kerjaya. jadi, minx pndapat ckgu kat mane erk nk amek kursus ni?

    yg saya tau untuk kerjaya commersial divers kan?

    mintak pendapat cikgu….

    • commercial divers ini memang suatu kerjaya yang lumayan, namun ianya adalah kerana risikonya juga adalah setimpal dengan pulangannya. untuk menjadi penyelam komersial ini, saudara harus mengikuti kursus yang berbeza daripada menyelam rekriasi. dahulu kala kursus ini hanya dibuat di luar negara dan kosnya amatlah mahal. namun ada kedengaran rakan2 yang akan membuka pusat latihan commrcial diving di sini. namun saya nasihatkan saudara berhati2 kerana dewasa ini ada yang mengiklan sebagai penyedia latihan commercial divers tetapi sijil yang dikeluarkan tidak diiktiraf oleh dunia.

  6. Assalam,

    saya tak pandai berenang dan suka ber’snorkeling dan teringin nak belajar dive, ada buat kelas belajar berenang? pakej? kat mana?

    • Wsalam. Langkah yang bijak untuk mengambil kursus berenang dahulu. Saya mempunyai beberapa kenalan yang membuat kelas berenang sekitar Lembah Kelang, coach lelaki ataupun perempuan. Alternatif, boleh pergi ke mana-mana kolam renang dan kebiasaannya mereka menawarkan kelas berenang.

  7. salam cikgu selam…… sy tinggal di pandan indah kl, dan kat mana saya boleh mengikuti latihan dan dapat sijil yg diitiraf sebagai scuba diver dan berapa cost yg perlu? harap dapat bantu

  8. salam cikgu selam…. lupa lak nk kasi tahu…saya tiada masaalah untuk berenang dan menyelam,dan saya pernah berkerja disebuah syarikat yg memberi service diver dan peralatan under water jobs dan peralatan berkaitan diver kepada syarikat petroleum, dan saya pernah juga turun dive dgn kedalaman 20meter di planta minyak untuk menguji peralatan kerja.pengalaman itu sahaja yg saya ada cikgu selam harap boleh lh membantu nnt kot….

  9. THANKS FOR IMFORMATION …SAYA AMAT TERHARU RASA SORONOK PULA BILA SEMBANG PASAL SCUBA DIVE …PERSOALANNYA SAYA SALAH SEORANG BEKAS TENTERA DAN ADA MILIKI LESEN BASIC SCUBA UNDERWATER DAN TELAH MENYELAM MENGIKUT YANG DI AJAR OLEH DIVE MASTER SAYA , UNDER SSI.,DAN PENGASANYA OLEH *** **** ..NI NAK TANYA SIKIT BOLEH KE..? KALAU DAH AMBIL OPEN WATER SSI TRENSPER NAK UPGREAT KE ADVANCE UNDER PADI ATAU MANA2 CAWANGAN SELAIN SSI.??

    • Mr Franky, saya gembira mendengar pengalaman saudara membaca blog saya. Pada kebiasaannya, tiada halangan untuk saudara mengambil kursus daripada mana2 agensi perlesenan selain daripada SSI.

  10. saya dan kawan saya nak amik lesen diving ni..boleh terangkan terperinci macam mana prosedur dan bayaran yang perlu diuruskan…saya masih belajar dan impian saya ingin memiliki lesen diving ini bagi menambahkan kerjaya hidup saya…mohon bantuan

    • ada 2 cara untuk mendapatkannya:-

      1) Partial course – bahagian teori dan confine water (kolam renang) di buat sebelum ke pulau. hanya bahagian open water di buat di pulau (2-3 hari di pulau)
      2) Full course – kesemuanya di buat di pulau. kebiasaanya 4 hari adalah masa minima untuk puan berasa agak selesa.

  11. Assalamualaikum. Nak tanya.. kalau lah tak pernah diving, hanya snorkel je. Boleh ke terua ambil lesen OWD ni?

  12. as salam sifu..nak tanyalah, jika kita sudah memiliki lesen scuba, apakah peluang kerjaya yang boleh kita ceburi selepas itu? saya lebih berminat untuk menjadi instructor untuk scuba rekreasi.

    • W salam edzarul. jika memiliki lesen scuba, tetapi belum tahap profesional (sekurng-kurangnya divemaster), maka peluang kerjaya adalah terhad, mungkin sebagai pembantu di dive centre. sekiranya saudara berminat untuk menjadi instructor scuba, maka saudara perlu ‘memanjat’ hieraki pembelajaran ie. OWD, AOWD, Rescue sehinggalah ke tahap profesional, dimulai dengan Divemaster. namun perjalanan itu agak panjang dan melibatkan sejumlah wang yang agak banyak.

      saudara juga boleh menceburi bidang2 lain seperti penyelam komersil. jika masih muda, dan wang bukanlah halangan, maka penyelam komersil mendapat pendapatan yang lumayan.

  13. Assalamualaikum…
    Saya sekarang ade OWD dan AOWD. Tapi dah lama sangat tak dive(hampir 2@3 tahun)…
    Soalan saya, boleh tak saya nak upgrade ke rescue level dan apa syaratnya sebab saya sekarang nak tukar bidang kerja dari teknikal ke safety. Ada yg kata kena at least buat 5o dive, ada yg kata tak payah.
    Soalan last, boleh tak bagi no cikgu selam senang saya nak whatsapp atau call untuk saya tanya lebih lanjut.

    • Wsalam. Untuk membuat kursus Rescue Diver, pra syarat adalah mempunyai AOWD serta lulus EFR (atau mana2 kursus CPR & First Aid yg diiktiraf) dalam 24 bulan yg lepas. Oleh kerana saudara telah lama tidak menyelam, maka saudara harus mengikut sesi ulangkaji atau ‘scuba review’. Bilangan ‘dive’ tidak ada. Namun, secara peribadi, mereka yang hendak membuat kursus rescue diver ini seharusnya mempunyai sedikit pengalaman menyelam untuk berada selesa di dalam air. No. tel saya akan email ke saudara.

  14. As salam cikgu.

    saya minat sgt nk amik lesen owd ni, tapi saya xtau berenang, tapi setakat snorkeling sampai kecut2 jari dah expert kehkeh. Boleh cikgu advice saya boleh x nk amik lesen. mungkin blaja di kolam dulu then baru ke pulau?

  15. assalam. boleh saya tahu apa syarat bg pemnyelam pd yg hendak menceburkan diri dalam aktiviti scuba ini? harap dpt membantu. tq

    • Wsalam. Syarat2nya adalah 1) boleh berenang 200m gaya bebas atau 300m menggunakan snorkle. Tiada had masa. 2) boleh mengapungkan diri 10min 3) lulus ujian teori 4) mampu membuat semua skil yang diajar

Leave a Reply

Your email address will not be published.