UPDATE: Kes Penyelam Hilang di Tioman

Kumpulan penyelam ini telah dijumpai tengahari tadi di lautan berhampiran Pekan, Pahang dalam keadaan selamat.  Kalau naik speedboat anggaran 8 jam dari Pulau Tioman.

Mangsa dipercayai dihanyutkan oleh arus deras.

Tahniah kepada semua tim penyelamat dan orang awam yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat.

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

TERKINI ….. Penyelam hilang di Tioman

Baru mendapat berita dari sahabat mengenai insiden penyelam hilang di Tioman. Insiden melibatkan 1 instructor dan 5 penyelam itu berlaku tengahari semalam dan hingga 7 pagi hari ni masih belum dijumpai.

Diberitakan penyelam sedang mengikuti kursus Open Water Diver dan selaman ini merupakan sebahagian daripada kursus mereka.

Kejadian dilaporkan berlaku di Pulau Chebeh, salah satu pulau kegemaran penyelam berhampiran dengan Pulau Tioman.

Sebarang berita akan dimaklumkan.

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Instructor X Payah…apa tu?

Beberapa kali saya mendengar kenyataan seperti “SDI lebih lengkap dan teknikal daripada PADI”…atau “PADI boleh diguna luar negara, SSI tidak boleh” dll. Kekadang tu nak tergelak pun ada, nak marah pun ada. Facebook ni memang tempat orang memaparkan ke ‘bijaksanaan’ masing2, atau ingin menonjolkan ke ‘macho an’ masing2.

Alangkah indah kalau sesiapa yang tidak tahu lebih baik berdiam, daripada sesat lagi menyesatkan. Walaupun saya ni dibesarkan dalam sistem PADI, tapi sebab ramai kekawan lain, maka celik la jugak akan sistem pelajaran yang lain. Continue Reading

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare