Mata menipu anda?

Warna objek seperti dilihat oleh mata

Bagi anda yang memang penyelam, pernahkah anda melihat sesuatu objek di bawah air, yang kemudiannya rakan anda mengambil gambar objek tersebut…apabila anda melihat gambarnya, anda pun tidak kenal akan objek tersebut kerana warnanya kelihatan lain?

Saya minat mengambil gambar di dasar laut, malah saya mengajar orang kursus PADI Digital Underwater Photography. Apabila saya membawa penyelam ke dasar laut, saya suka menunjuk kepada mereka flora dan fauna di dasar laut dan kemudiannya mengambil gambar objek yang saya tunjuk tu. Di sebelah malamnya, apabila saya menunjukkan gambar-gambar , dialognya selalu akan jadi sebegini:-

Student: “kat mana ni?”

Saya: “masa siang tadi la” Continue Reading

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Apa itu Open Water Diver?

Sistem Pembelajaran PADI

Bagi mereka yang telah memenuhi kehendak pra-syarat seperti yang saya nyatakan di sini, maka anda telah bersedia untuk melangkah ke fasa pertama memasukki alam skuba iaitu Open Water Diver (OWD). OWD adalah tahap perlesenan menyelam yang paling asas. Bagi yang malu bertanya, biarlah saya terangkan di sini apakah komposisi kursus OWD ni.

Kursus OWD ni terbahagi kepada 3 bahagian iaitu 1) Knowledge Review (Teori) 2) Confined Water (Kolam @ Tepi Pantai) dan 3) Open Water (Laut @ Tasik). Anda ada pilihan samada membuat kesemuanya (1-3) di pulau, atau Modular (1 & 2) di bandar yang anda tinggal dan (3) di pulau. Kalau memilih kesemuanya di pulau, maka minima anda perlu berada di pulau adalah 4 hari/3 malam. Kalau memilih secara Modular, anda hanya perlu berada di pulau selama 3 hari/2 malam.

Continue Reading

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Kenangan di Pulau Jarak

Lokasi Pulau Jarak dan Pulau Sembilan

 Ramai yang tertanya di manakah letaknya Pulau Jarak, dan berapa jauhkah daripada Pulau Sembilan, lokasi asal Arwah Mohd Nasir Mokhtar mula hilang? Pulau Jarak ini terletak agak jauh daripada tanah besar Semenanjung. Kalau orang Malaysia, yang sampai di situ adalah penyelam dan pemancing tegar, atau pihak berkuasa seperti Pasukan Gerakan Marin PDRM, Maritim Malaysia (APMM), Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) ataupun mereka-mereka daripada pasukan elit. Kalau orang asing…..jawapannya tekong-tekong dari seberang…kerana lokasinya yang agak dekat dengan perairan antarabangsa. Continue Reading

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Kes Mohd Nasir Mokhtar: Arwah telah dijumpai…statement TLDM

Kenyataan Tentera Laut Diraja Malaysia
Lumut, 3 Apr – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) awal pagi tadi telah berjaya menyelamatkan mayat yang ditemui  dilaut dipercayai penyelam yang hilang pada 17 Mac yang lepas.
 
Daerah Maritim 3 (DM3), APMM menerima laporan daripada sekumpulan pemancing dari Kampung Dato’ Seri Kamaruddin kira-kira jam 10 malam tadi. Menurut laporan tersebut, satu mayat yang lengkap berpakaian penyelam telah dijumpai terapung di lokasi kira-kira 4 batu nautika Timur Pulau Jarak. Continue Reading
FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare