Permulaan Perjalanan Bahagian I

 

Saya mula menyelam skuba dari tahun 1997, yang mana ketika itu penyelam tempatan, apatah lagi penyelam berbangsa Melayu, dipandang dengan kehairanan dan kekaguman. Masih ingat lagi… semasa saya menjejak kaki di ‘Long Beach’, Pulau Perhentian Kecil untuk percutian menyelam saya yang pertama setelah mendapat lesen skuba…dilayan bagai VIP oleh pekerja dan pengusaha tempatan. Saya terpinga-pinga kehairanan kerana saya ni bukannya orang kaya atau berpangkat. Bila keesokkannya saya keluar menyelam, baru saya faham mengapa…dalam kumpulan penyelam seramai 10 orang, hanya saya seorang berbangsa Melayu, malah satu-satunya orang Malaysia. Yang lainnya, termasuk divemaster adalah orang asing.

Semasa saya kecil, saya suka menonton cerita-cerita pengembaraan Jacques Cousteau dengan kapal penyelidikannya yang terkenal Calypso. Beliau dianggap sebagai bapa skuba (akan saya ceritakan dalam posting akan datang). Sepanjang hidup saya, saya memang bercita-cita untuk menyelam seperti idola saya, namun pada masa tu mana ada kemudahan seperti sekarang. Continue Reading

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Pembunuhan untuk hidup?

Pulau Mabul

Memualkan

Susah untuk saya percaya kalau saya tidak melihat bukti bergambar. Saya tahu tentang perkara ini agak lama. Ketika itu, beberapa penyelam yang menyaksikan ‘pembunuhan terancang’ ini sebenarnya telah membuat ‘bising’ dengan beberapa pihak, yang berjanji untuk melakukan laporan penyiasatan dan mencari jawapan daripada pihak berwajib. Akhirnya, ia mati dalam senyap … mati bagai sang jerung itu sendiri.

Anda mungkin tertanya, apa yang saya sedang mericau ni? Di pulau Mabul, jiran kepada pulau Sipadan di Sabah, adanya tempat jerung yang dibunuh  diproses. Berikut adalah petikan daripada e-mel saksi saya  (diterjemah)“Saya jelas tidak tahu nama tempat ini .. hanya bahawa lokasinya adalah di Pulau Mabul dan ia di sebalik Home Stay. Rupa-rupanya, mereka membawa jerung beberapa kali seminggu .. kadang-kadang 20 – 40 ekor pada satu-satu masa. Bagaimanapun, mereka mengatakan bahawa ia ditangkap di perairan antarabangsa tetapi melihatkan bot-bot mereka atau layak dipanggil sampan … secara logiknya, bot kecil macam tu mana la lepas nak ke laut dalam memancing kan? “.  Continue Reading

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Selamat Datang ke Cikgu Selam

Blog ini lahir atas sokongan kawan-kawan. Pada asalnya saya menulis blog dalam bahasa Inggeris, di divechiefkaz namun olehkerana bercampur-campur topik, maka saya membuat keputusan untuk membuka blog yang khusus nya tertumpu kepada isu-isu atau pandangan mengenai menyelam, aktiviti air, alam sekitar dan lain-lain.

Apa yang bermula di tahun 1997 sebagai hobi, kini telah menjadi sebahagian daripada kerjaya saya. Saya kini adalah seorang jurulatih skuba, peringkat MSDT (Master Scuba Diver Trainer) dengan PADI (Professional Association of Diving Instructors) dan juga jurulatih menyelam keselamatan awam (Public Safety Diver) . Di masa lapang, ilmu ini saya gunakan  untuk menyelam bagi mencari mangsa-mangsa lemas secara sukarela.

Tujuan blog ini bukanlah untuk menunjuk pandai, atau bersifat ‘authoritative’, tetapi sekadar berkongsi ilmu, pengalaman serta bertukar-tukar pandangan. Semoga ada yang mendapat manfaat darinya.

Akhir kata, terima kasih kerana berkunjung ke cikguselam.com

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare