Unifi oh Unifi

Setelah sekian lama, akhirnya saya mengambil keputusan untuk ‘upgrade’ daripada pakej Streamyx ke Unifi di rumah.

Kali pertama Installer datang, dia maklum “Tak boleh pasang bang sebab alamat dalam borang Order tak sama dengan alamat rumah. Kami kena balik dan maklum dengan TM”. Kekecewaan pertama …

Kali kedua Installer datang, hari ni… kekecewaan kedua. Sama jugak, alamat dalam borang Order tak sama dengan alamat rumah. Setelah dia lihat muka saya yang merah, dia telefon Supervisor dia. “Boleh pasang bang, tapi port penuh, kena tarik dari sebelah. Tapi abang kena bayar la sebab kena tarik jauh”.

Tekanan darah saya mula naik. Saya pun telefon TM. Setelah berunding, pegawai TM maklum “kalau encik boleh tunggu, kita kena datang tambah port, tak perlu bayar. Kalau tak encik kena bayar untuk tarik kabel dari sebelah”.

Jadi nampaknya kena tunggu lagi. Apa yang sedang bermain di kepala saya adalah…

1) Ini adalah ‘upgrade’ dari Streamyx ke Unifi. Segala data seperti  alamat dan info lain ada dalam akaun Streamyx saya. Ini dikuatkan lagi dengan hantaran email dan sms kepada wakil Unifi. Jadi kenapa salah alamat sampai dua kali???

2) Mustahil TM tidak tahu samada port di kawasan saya penuh atau tidak. Adakah perlu untuk seorang ‘Installer’ untuk datang dan memeriksa secara fizikal, baru TM tahu ada port ke tidak??? Begitu ‘low tech’ for a high tech company’.

 Saya tiada masalah sekiranya TM memerlukan masa untuk menambah port, cuma saya tiada masa untuk duduk menunggu ‘Installer’ datang semasa hari cuti saya. Selepas ini saya harus menunggu untuk kali KETIGA.

FacebookTwitterGoogle+Blogger PostGoogle BookmarksEmailShare

Leave a Reply

Your email address will not be published.