Pelancong Maut Dirempuh Bot di Pulau Perhentian

BESUT 27 Mei – Seorang pelancong warga asing maut menakala seorang lagi cedera parah dirempuh sebuah bot ketika mereka sedang berenang di satu kawasan di luar kawasan yang dikhaskan di Pulau Perhentian pagi ini.

Mangsa, seorang wanita dikenali sebagai Mady yang berasal dari Ausralia meninggal dalam perjalanan untuk menerima rawatan manakala Simon seorang warga England kini dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Besut. Continue Reading

Mengapa saya tidak blog … Bahagian 1

Saya meminta maaf kepada pembaca blog cikguselam kerana setelah sekian lama saya tidak ‘update’. Begitu juga banyak ‘comment’ pengunjung yang tidak berjawab. Sebenarnya, ayah saya yang mengidap penyakit barah telah beberapa kali keluar masuk hospital dan akhirnya kembali ke rahmatullah pada 31 Mac 2013 yang lepas.

Perjalanan beliau daripada mula dikesan mengidap barah usus pada bulan Februari 2011 adalah satu perjalanan yang penuh dengan ‘trial and error’. Pada Februari 2011, di suatu hari, saya menerima panggilan daripada kakak saya mengatakan ayah saya mengalami sakit perut yang serius. Ayah saya adalah orang yang paling sabar, dan mempunyai toleransi yang tinggi terhadap rasa sakit ataupun orang yang banyak kerenah. Oleh itu, apabila dia mengerang kesakitan, ia bermakna bahawa ia adalah tahap kesakitan di atas paras normal. Menggunakan sedikit ilmu perubatan yang saya pelajari sebagai seorang penyelamat, kesakitan beliau reda apabila dia akhirnya pergi ke tandas. Ayah saya enggan pergi ke hospital, dan oleh kerana tahap kesakitan beliau telah reda kira-kira 90%, saya membuat keputusan ketika itu untuk berbincang dengan beliau kemudian. Continue Reading

Spesifikasi Galaxy S4

Samsung-Galaxy-S-4-370x285

 

1) 5-inci, penuh HD Super paparan AMOLED.

2) Berat telefon ini adalah 4.5 auns, ringan sedikit daripada  Galaxy S3, dan ketebalan 7.9mm – nipis sedikit daripada S3 (8.6mm).

3) Ia menggunakan teknologi Jelly Bean 4.2.2 (termasuk ‘Google Now’).

4) Pemprosesan adalah Qualcomm terbaru Snapdragon S4 Pro, 1.9 Ghz Processor. Dalam erti kata lain, ia adalah cepat.

Continue Reading

Berdoa untuk Lahad Datu

Saya telah lama tidak menulis atau apa-apa ‘up-date’. Selain daripada sedikit sibuk dengan tugasan, perkara yang mengganggu pemikiran saya adalah kesihatan ayah saya yang beberapa kali dimasukkan ke hospital dalam sebulan ini. Beliau mengidap penyakit barah tahap empat,

Namun, perkembangan di Lahad Datu dengan insiden terkini menyebabkan 3 anggota terkorban dan 2 anggota cedera dari kalangan warga PDRM, atau lebih tepat lagi VAT69, membuat hati saya teruja untuk menulis. Jangan bimbang, saya bukan hendak mengubah arah menjadi penganalisa politik atau militari.

Sabah sebagai destinasi menyelam

LD3

Sabah adalah merupakan destinasi pelancong dalam dan luar negara, khususnya di kalangan penyelam. Kini dengan pergolakan di Lahad Datu, ia akan sedikit sebanyak mengganggu gugat industri pelancongan. Apatah tidaknya bila Tawau dan Semporna juga disebut- Continue Reading